2010/05/21
MERUJUK tulisan Cikgu Amran dari SK Bahagia, Kota Bharu pada 18 Mei lalu melalui ruangan surat dan e-mel akhbar ini.Cikgu Amran mungkin keliru baris lagu Guru Malaysia yang menyebut ‘Rukun Negara Kita, Panduan Hidup Kami Semua’, lantas beliau menulis surat kerana ingin berkongsi dengan rakan pendidik berkaitan iman dan akidah guru.
Seharusnya tidak wujud permasalahan itu kerana kita sebagai guru perlu memikirkan perkara yang boleh mewujudkan modal insan cemerlang melalui Gagasan 1Malaysia, bukan hal remeh-temeh seperti ini.
Jika hendak diikutkan maksud baris itu, ia menegaskan betapa tingginya wawasan guru menjadikan Rukun Negara sebagai landasan dan semangat dalam menjalankan amanahnya mendidik bangsa Malaysia.
Terpulang kepada Cikgu Amran untuk menyanyikan atau tidak baris itu. Ramai lagi guru yang bangga menyanyikan lagu keramat yang sudah puluhan tahun berkumandang setiap 16 Mei di Malaysia.
Semoga kita bersama membina negara bangsa. Selamat Hari Guru.
SAYA PUN CIKGU,
Ayer Tawar, Perak
Berita Harian Online: 21 Mei 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan