Selasa, 4 Mei 2010

Keperluan pembantu guru dikaji dikaji babitkan kos pendidikan

2010/05/04

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk laporan akhbar ini bertajuk ‘Tokoh akademik syor wujud pembantu cikgu’ bertarikh 2 April lalu. Kementerian mengalu-alukan cadangan Tan Sri Abdul Rahman Arshad itu untuk jawatan pembantu guru melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian.

Kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti keperluan jawatan itu serta mengambil kira pelbagai implikasi, termasuk kewangan. Sebagai negara pesat membangun, komposisi penduduk pada peringkat umur persekolahan adalah besar berbanding negara maju.
Negara memerlukan kos pendidikan lebih tinggi. Pertimbangan wajar diberi terhadap semua pilihan memutuskan bentuk pelaburan pendidikan bagi pastikan pulangan maksimum.

Kini, keperluan pendidikan dalam semua aspek termasuk membentuk sistem pendidikan berwibawa dan merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar.
Kejayaan pendidikan bukan hanya dengan menambah sumber tenaga pendidik sebaliknya, memerlukan peningkatan produktiviti dan daya saing negara.

KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 4 Mei 2010

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kejayaan pendidikan bukan hanya dengan menambah sumber tenaga pendidik sebaliknya, memerlukan peningkatan produktiviti dan daya saing negara.

KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 4 Mei 2010

macamana guru malaysia dapat meningkat produktiviti dan daya saing negara?
gaji guru bersiswazah lebih rendah daripada guru bukan siswazah seperti yang berlaku kepada guru dg2941............

guru berkata...

asyik2 kaji tapi tiada keputusan