Selasa, 4 Mei 2010

Kelemahan sistem on-line

2010/05/04

TAHNIAH kepada Kementerian Pelajaran kerana mewujudkan sistem pertukaran guru secara online. Ia memudahkan guru yang ingin bertukar sekolah antara negeri, daerah dan dalam daerah tanpa mengisi borang.

Sistem ini juga menghilangkan kebimbangan guru jika borang permohonan yang hantar melalui pihak sekolah tidak disahkan guru besar atau pengetua.
Bagaimanapun permohonan perlu mendapat sokongan dan pengesahan guru besar atau pengetua secara online juga. Wujud masalah kerana guru besar atau pengetua belum dapat membuat pengesahan disebabkan gagal masuk ke dalam sistem ini kerana talian sibuk. Ada sesetengah sekolah di luar bandar akses internetnya sangat lambat.

Ini menjadi punca permohonan saya belum disahkan pengetua sedangkan tarikh tutup permohonan 25 April lalu. Saya berharap Kementerian Pelajaran dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.

GURU LAMA,
Gua Musang, Kelantan

Berita Harian Online: 4 Mei 2010

Tiada ulasan: