KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa pengurusan Persatuan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sabah Rabu menafikan dakwaan kononnya ia enggan menerima guru-guru dari kalangan bumiputera yang boleh bertutur dalam bahasa Cina untuk mengajar di sekolah-sekolah Cina di Sabah.
Pengerusinya Datuk Wong Yit Ming berkata sebaliknya semua 83 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sabah mengambil dasar terbuka dengan menyambut baik kehadiran guru-guru tanpa mengira kaum dan bangsa, bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah rendah.
"Kami tidak pernah menolak mereka, itu tidak benar, apa yang kami mahu adalah guru-guru yang sekurang-kurangnya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin atau Cina.
"Kami percaya proses pembelajaran lebih mudah sekiranya guru-guru bumiputera ini boleh berbahasa Cina, terutama di sekolah-sekolah rendah," katanya kepada pemberita Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah Muhiddin Yusin semalam bahawa sekolah-sekolah Cina ini enggan menerima guru-guru dari kalangan bumiputera, walaupun mereka boleh bertutur dalam bahasa Cina.
Muhiddin dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata walaupun jumlahnya tidak ramai, mereka masih tidak diterima kerana sekolah-sekolah Cina ini hanya mahukan guru-guru dari kalangan kaum Cina.
Wong berkata sekolah-sekolah Cina di Sabah sehingga kini mengamalkan konsep 1Malaysia yang sebenar dengan menerima kaum bukan Cina untuk mengajar di sekolah-sekolah Cina.
Beliau memberi contoh SJK (C) Cheng Ming, Papar, dekat sini di mana jawatan guru besar dipegang oleh seorang bumiputera dan persatuan itu tidak pernah mengungkitnya.
"Dia menduduki jawatan itu sejak 10 tahun lepas dan dia berkomunikasi dengan para pelajarnya menggunakan bahasa Mandarin. Itu yang kami mahu," katanya.
Wong berkata beliau berharap lebih ramai pemohon dari kalangan kaum Cina ditimbangkan bagi menjalani latihan untuk dihantar ke sekolah-sekolah Cina di Sabah.
Beliau berkata sekolah-sekolah Cina di seluruh negeri Sabah ketika ini mengalami masalah kekurangan guru, menjangkau sehingga 100 orang.
BERNAMA: 5 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam sukses,
Kami Inamie dari blog www.inamie.ws ingin mengajak tuan/puan untuk menyokong kempen ‘Kerja Menaip Dari Rumah’ sebagai kerjaya alaf baru dengan pakej kebebasan masa dan kebebasan kewangan dalam berkerjaya.
Kami ingin mengajak lebih ramai penulis-penulis blog yang berjaya seperti tuan/puan untuk menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya menaip dari rumah dengan gaji yang cukup-cukup-cukup lumayan.
1. Tiada temuduga
2. Tiada peperiksaan
3. Tiada bos (sebab andalah bos!)
4. Gaji dari RM1,500 - RM4,500
Jika anda memang mempunyai keinginan yang besar untuk bekerja menaip dari pejabat peribadi anda di rumah, inilah peluang keemasan anda. Jika anda tidak berminat, tentu anda boleh maklumkan kepada kawan-kawan dan saudara mara anda yang belum berkerjaya. Sila ke link di bawah untuk mendaftar :
www.freedom.ws/salemy82
Catat Ulasan