Sabtu, 1 Mei 2010

'Guru saya dulu tidak pernah merungut'

Admin: Saya ulang semula posting bahan ini. Kandungannya mendapat ulasan yang tertinggi setakat ini. Mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam hati kita sebagai guru apabila orang luar cuba menyelami masalah yang kita tanggung.

_______________________________________________

SAYA terpanggil untuk menulis di ruangan ini setelah melihat pelbagai rungutan daripada golongan pendidik sekarang.

Saya juga merupakan seorang penjawat awam dan amat gembira bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya bersama-sama pengguna lain, berbanding dengan guru yang bekerja separuh hari sahaja.

Saya tidak dapat bayangkan betapa gembiranya jika saya tamat waktu bekerja pada pukul 1 tengah hari.

Sudahlah waktu bekerjanya separuh hari, waktu kelasnya pula mungkin 3 atau 4 waktu sahaja. Bersyukurlah. Dengan semua guru baru bermula dengan DG41 bertuahnya anda semua.

Saya merupakan bekas pelajar SBP di Sek. Dato Abdul Razak, Seremban. Saya ingin menyatakan bahawa komitmen guru-guru saya dahulu begitu jitu.

Saya masih teringat lagi bekas guru saya iaitu Cikgu Rahim yang sanggup datang meronda asrama pada waktu malam walaupun beliau tidak tinggal di dalam kuarters rumah guru di dalam kawasan sekolah, guru matematik saya di Sek. Men. Dato Hj. Hussein iaitu Puan Rodziah yang sanggup mengajar lebih waktu untuk para pelajarnya yang lemah dalam subjek itu. Itulah komitmen.

Kedua-dua ibu bapa saya merupakan guru dan saya tidak pernah melihat mereka merungut. Jika ada pelajar bermasalah, mereka akan pergi ke rumah pelajar tersebut bertanyakan masalah.

Malah sumbangan dari segi kewangan dan barang-barang dapur untuk keluarga pelajar bermasalah juga pernah diberikan beberapa kali.

Malah bapa saya kadangkala menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia walaupun sedang membuat kerja di rumah. Begitulah sayang dan bangganya beliau pada kerjayanya.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada warga-warga pendidik. Jasamu dikenang selamanya.

IZRUL FARIS IDRIS


Utusan Malaysia Online: 29 April 2010

30 ulasan:

ashykyn berkata...

Rasanya guru2 yang merugut kebanyakkanya bekerja hingga jam 4:00 petang.. Saya juga bekerja sehingga jam 4:00 dari pukul 7:30am pagi

Tanpa Nama berkata...

Memang tak sama guru dulu dan guru skrg. Bukannya apa.... dulu tugas utama guru ialah mengajar. Skrg bukan shj mengajar, kerja kerani pun terpaksa buat. Yg tertekan ialah guru yg ajar subjek pperiksaan. Bila prestasi teruk, pegawai tak terima alasan yg guru tak dpt fokus pada pengajaran krn banyak kerja lain. HANYA GURU shj yg faham situasi skrg ni.

Tanpa Nama berkata...

bercakap memang mudah semudah A,B,C. Minta Encik Idrus buktikan lah mana sekolah yang balik pukul 1....

Cikgu Jorasmin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

betul..kalau boleh minta Encik Idrus buktikan, sekolah mana yg pulang pukul 1..tak mungkin guru akan keluar dari sekolah seiring dengan murid pulang kan???
hanya yang berada di lapagan ini yang memahami...

Cikgu Jorasmin berkata...

Salam Semua.
saya tidak amat setuju sekiranya mereka yang tidak berada di alam pendidik bercakap mudah seperti ini. kami di alam pendidikan lebih memahami sendiri suka duka menjadi pendidik. penjawat awam lain tidak terlibat dalam menguruskan pelajar dari umur 7 hingga 17 tahun. Mereka ini dari pelbagai latar belakang. kenyataannya, mereka berbeza cara membesar dan juga pendedahan hidup sudah tentu perangai yg berbeza.

tugas lain guru bukan sekadar mengajar. guru juga dibebani tugas mengurus hal pendidikan, menjadi kerani, jurulatih sukan dan permaian, pendidikan luar, Hal Ehwal Murid, Kebajikan, kerohanian dan pelbagai lagi yang mmg tidak dapat dirasai bagi mereka yang tidak berada di alam pendidikan.

guru menjadi GURU pengiring untuk aktiviti di luar bilik darjah dan adakalanya TERPAKSA bermalam diluar untuk menjaga anak didik semasa aktiviti luar.

Sanggupkan penjawat awam lain melakukan tugas ini? Soal ikhlas dan komited mmg tidak boleh dinafikan, tetapi bebani tugas yang dilakukan selain dari mengajar merupakan RUNGUTAN kepada kami.

kami ikhlas mengajar disebabkan tugas dan amanah kami ialah MENGAJAR.

Saya yakin dan akui disebabkan ramai ahli keluarga saya adalah penjawat awam, tugas mereka tidak sama dengan GURU.

Di sebelah malam penjawat awam lain dapat berehat sambil menonton TV dan lain-lain, tetapi kami guru perlu menyiapkan tugas untuk keesokkan hari seperti memeriksa buku latihan, membuat ringkasan dan perancangan mengajar.

Itu persoalan nya....

Soal guru balik pukul 1, saya nafikan, guru tadika sahaja yang awal sedangkan guru disekolah diperintahkan mengikut jadual yang pastinya bukan pukul 1.

harap En Idrus usah pertikaikan soal ini kerana En. bukanlah seorang guru....

GURU LEBIH MEMAHAMI apa yang dikatakan PENDIDIK.

SALAM....

Tanpa Nama berkata...

kami tidak pernah pertikai tugas sesiapa..tetapi kenapa tugas guru sering dipertikai?? sbg contoh, saya sendiri. mengajar 8 kelas..
waktu hanya 3-4 sehari?? encik idrus silap..
encik idrus bukan guru untuk mengulas,mungkin hanya pekerja JPS..

Cikgu Jorasmin berkata...

kalau dia tu nak bg contoh mak ayah dia tu suka hati dia....bukan semua guru merungut...tp kenyataannya yng dia kena tahu, sekrang ngan dulu berlainan...walaupun sekrang sy tidak ngajar tp hakikat guru di sekolah hanya guru yang tahu....

Dulu duit kita berapa nilai dan sekarang berapa nilai? dulu teh tarik 5 sen....sekarang seringgit...usahlah bandingkan...

yang tahu tugas dan bebanan guru ialah MEREKA YANG DI AMANAHKAN MENJADI GURU......

bangunlah guru2, jangan biarkan mereka memperlekehkan kerja murni kita...

KITA GURU MALAYSIA....jangan lahirkan anak didik yang suka menyalahkan antara satu sama lain dan mencari kesilapan orang sahaja....

Tanpa Nama berkata...

saya bukan seorang guru,tp sy pernah menjalani latihan berguruan di sekolah..saya rs mmg bnyk perbezaan antara dulu dan sekarang..klu kte lihat,dulu kes2 yg berkaitan antara guru dan murid amat jarang di dengar..ini kerana dulu murid hormat pd guru..tp sekarang guru seolah-olah "berperang" dengan psikologi untuk menghadapi murid2..dulu xde handphone anak2 selamat..sekarang mak ayah bg handphone tuk anak2,untuk keselamatan..
jadi jgn la samakn dulu dan sekarang..cabaran guru sekarang amat hebat terutamanya menghadapi murid2 yg bermasalah dan ibu bapa yg xmemahami..
klu dulu sy dirotan guru,sy takut bagitau mak ayah sbb nnt kene lg..bdk2 skrng kene rotan guru,mak ayah serang sekolah..

Fikir2 kan lah..

Tanpa Nama berkata...

masalah nya penulis ni bukan guru...kami ni warga guru...apabila marah sikit je kat bebudak sekarang ni habis ditoresnye kereta...nak bawa kereta baru takut dicalarkan...elok lah sangat guru2 dia tu bagus sangat...sebab ngajar budak sekolah SBP ..cuba ngajar tengok sekolah harian biasa...beza lah...budak2 harian biasa ni mana nak hairan dengan guru..
saya sendiri setiap 3 kali seminggu bertungkus lumus mengajar ragbi kat padang sekolah...balik rumah sampai pukul 7. tak pernah merungut lah tapi geram apabila pihak luar mempertikaikan kerjaya guru...balik pukul berapa pon tak kesah...kerja dipejabat senang..kalau takde kerja sembang ampai pukul 5...rehat pulak tu 3 kali...
takde masalah nak kena ugutlah, tores kereta lah...
pikir dulu lah nak nuat komen

nama saya guru tom

Tanpa Nama berkata...

en Izrul yg budiman... sememangnya x ada guru yg mengajar 3 atau 4 waktu sehari!! kebanyakkannya 6 atau 7 waktu dalam sehari... pendapat saya hanya satu sahaja, hnya guru2 yang memahami apa bebanan guru dan apa bidang tugas guru... perbezaan guru dahulu dan sekarang mmg amat ketara. guru2 sekarang terlalu byk cubaan apabila berdepan dgn murid2 'anak emas'. lebih memeritkan apabila guru2 skrg x ada pembelaan drp masyarakat mahupun kementerian.... contoh yg paling ketara, guru2 x boleh denda atau rotan murid2, nanti guru pulak yg kena saman!!

Tanpa Nama berkata...

hmmm... sy setuju ngan komen2 di atas ni.. cikgu skg byk kje.. xmcm cikgu dlu2, zmn batu.. bdk2 skg pn lain bena peel nye.. mengada2.. bg betis nk peha.. klu kte mrh dia menjwb.. xpon mak bapak dtg mrh2.. skg ni cikgu2 nk ngajar, jd kerani, coach.. pstu nk jg ati pentadbir, jg ati ppd, jpn, jg ati mak bpk, jg ati murid2.. ati cikgu spe nk jga?

Cikgu Jorasmin berkata...

saya amat sokong sangat kawan lain yang cuma menegakkan semua profesion keguruan ke tahap sebenar. Mmang tak dinafikan, pelajar SBP adalah mereka yang terpilih, jadi masalah disiplin tidak menjadi perang utama guru2 berbanding dengan sekolah harian...

dulu guru tampar kita, kita terima sebab kesalahan kita lakukan...kini guru hukum pelajar guru kena terima ancaman...adil kah kepada guru2 yang merupakan insan murni mengajar anak2 anda...

kalau xsuka kepada guru2 kerajaan, hantarlah ke sekolah swasta....

saya nak sangat la berdepan dengan En.Idrus bagi nak menerangkan hal sebenar dan nak mengajak beliau menyelami duni pendidikan...

saya nak bawa beliau ke mana2 sekolah yang dikehendaki untuk sama2 merasai pahit maung dunia kami...

saya boleh aturkan, tiada masalah. Kelau nak datang Perlis saya boleh bersuara pada Pengarah atas hasrat beliau.

Cikgu Jorasmin berkata...

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada TUAN BLOGGER "PERKHIDMATAN PENDIDIKAN"....

"Saya ulang semula posting bahan ini. Kandungannya mendapat ulasan yang tertinggi setakat ini. Mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam hati kita sebagai guru apabila orang luar cuba menyelami masalah yang kita tanggung"...

Kita rasa tercabar atas ulasan mereka2 yang tidak berada dalam dunia pendidikan, seolah-olah kita mengeluh dengan kerjaya mulia ini.

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM...

Tanpa Nama berkata...

kepada guru2 semua.. telah banyak penulisan2 pihak luar yang kesemuanya mengandungi fakta2 yang begitu jelas sekali salah.. di sinilah terletak nya tanggungjawab editor akhbar berkenaan yg sepatutnya memastikan apa yang ditulis itu tepat dan tidak menimbulkan sangkaan buruk kepada semua guru.. sememangnya hanya guru sahaja yang memahami apa bebanan guru..

Tanpa Nama berkata...

Nak tambah sikit... kalau nak banding dgn dahulu dan sekarang... peguam duhulu banyak relak sebab mana ada mak bapak bawak kes cikgu pukul murid kat mahkamah...

Tp hari ini berbeza... cubit sikit dah bawak kes ke mahkamah... Macam mana cikgu tak merungut. Cikgu cubit nak didik, tp mak bapak terlalu sayang kat anak sampai bawa ke mahkamah.

Mak bapak dulu, kalau tahu anak kena cubit atau rotan, siaplah anaknya itu kena 'topup' kat rumah... Mungkin penulis bernama Izrul boleh tanya mak ayahnya berkenaan kes2 guru kena naik mahkamah kerana rotan pelajar pada sewaktu zaman tersebut. Agak2 ada berapa kes???

Mungkin penulis seorang yg berdisiplin tinggi, kalau tidak mana dapat masuk SBP... Sudah tentu jadi orang harapan kat sekolah... Ade ke cikgu2 merungut kat budak2 pandai dan budak2 yg berada kat kelas hadapan??? Cuba tanya cikgu yg mengajar kelas belakang, macam mana rasanya mengajar mereka yang tak de harapan nak masuk SBP...

Mungkin penulis boleh mohon dengan jabatannya cuti tanpa rekod selama sebulan untuk mengajar di sekolah, lepas tu bagi kelas2 belakang, jangan bagi kelas2 pandai... Kalau penulis tak merungut dan boleh bersabar, memang amat wajar penulis tersebut berpindah dari jawatan sekarang dan bertukar profesion menjadi cikgu...

Sekian...

peace berkata...

salam..
luahan penulis guru sy tidak pernh merungut ni sy rasa penulisnya hanya melihat gurunya itu ketika dia sbg anak murid..bukan sbg rakan sepenjawat..ntuk pengetahuan penulis,guru aku dulu pernah tido sekali ngan aku dan pelajar yg lain di hutan smasa berkhemah..nk ckp pengorbanan guru,mmg bnyk..tp mslh ni aku rasa tak de SEEORANG pun kuarkan rungutan terhadap tugas mendidik plajar2,tetapi dari segi kerja sampingan yg lbh memenantkan dari mengajar..jd kpd penulis guru sy tdk pernah merungut,fahami dulu situasi betol2..jgn main nak curahkan pendapat yg lari dari topik ye..nanti teruk ko kena sumpah dalam diam2..

cikgu nizar berkata...

setuju, bukan setakat orang luar, malahan org dalaman sekolah seperti kakitangan bukan guru juga suka mempertikai dan memperlekeh tugasan guru

Tanpa Nama berkata...

senang jer, cuba amik cuti panjang, pi try apply guru kontrak...rasakan sendiri camne realiti cikgu "zaman sekarang"...ikhlas jangan dipertikai, kalau tak ikhlas, dah lama cikgu-cikgu ni kluar dan apply keje gomen yang lain...setiap masa memikirkan cara nak pandaikan pewaris negara,termasuk yang "kelas belakang"...ditekankan disini,kelas belakang pun termasuk..tu belum lagi kerja pentadbiran yang juga mesti dilakukan oleh pendidik...berpijaklah dibumi yang nyata, dulu lain sekarang lain..ada sebab "aduan" guru diketengahkan...tanggungjawab pendidik bukan sekadar pergi kerja,balik kerja,tugas tinggal di pejabat, tapi tugas pendidik sampai kerumah, ke mana2 sahaja pendidik diperlukan...nampak "indah" diluar, tetapi realitinya hanya orang terlibat yang tahu..
-oleh insan bukan guru yang dah rasa "suasana realiti guru"

Tanpa Nama berkata...

Salam buat kawan2 seperjuangan..Saya rasa kita membuang masa sahaja melayan orang yang tak pernah pun jadi guru. Sekian,terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik lagi,emailkan sahaja segala komen kita kepada encik izrul yang budiman ini...

Guru DG41 Sek Ren berkata...

Assalamualaikum..
Saya bertugas di sebuah sekolah rendah di Shah Alam.
*Masuk 7.30 tetapi 7.10 mesti dah berada di sekolah utk aktiviti di perhimpunan harian.
*Lepas bulan 5 ni pukul 7.00 pagi dah kena ade sebab kelas tambahan tahun 6.
*Waktu balik rasmi pukul 1.30 petang. Tapi setiap hari isnin ade mesyuarat mingguan. Biasanya 2.45-3.00 baru balik sebab ada 2-3 mesyuarat dibuat berturut2.
*Selasa Kelas HALUS Tahun 6 1.30-2.30
*Rabu Koku 4.00-6.30
*Khamis Latihan Bola 4.30-6.30
(Bulan 1-4 MSSD, Bulan 5-6 Mini Olimpik, Bulan 8-10 Piala Raja Muda)
*Jumaat free tapi biasanya GB akan buat mesyuarat tergempar utk bincang program hari Sabtu.
*Hari Sabtu dah tak kira sabtu pertama atau ketiga, semua dilanggar utk program sekolah+PIBG+LADAP+KEM BESTARI SOLAT.WAJIB HADIR.Kalau x hadir kena surat tunjuk sebab.
*Ini belum dicampur dengan kelas tambahan Tahun 5 dan 6 pada hari Sabtu.
*Saya juga terlibat untuk melatih murid mewakili sekolah ke pertandingan ko akademik peringkat daerah,negeri dan kebangsaan. Nak sediakan teks murid,nak latih murid, nak bawa murid ke lokasi pertandingan. lepas tu kalah@menang tetap kena belanja murid KFC..semua guna duit sendiri,tenaga sendiri,kereta sendiri,otak sendiri,masa sendiri..
*waktu free dah WAJIB relief sebab guru x cukup.kemudian curi masa untuk latih budak pertandingan ko akademik
*Itu belum campur nak rait buku, buat ringkasan, buat tugasan kurikulum,HEM dan koku, buat tugasan program sekolah, PIBG, dll
*Nasib baik saya bukan guru kelas @ s/u PIBG..kalau x, lagi macam2 tugas perkeranian yang perlu dibuat
*Belum campur lagi dengan masalah disiplin murid, masalah murid yang lembap,masalah ibu bapa yang tak follow up di rumah..semua serah kat guru.
*Belum campur lagi dengan kerenah GB dan penolong kanan..semua nak kena ikut cita rasa depa
*Memanglah dalam setandan pisang, ade sebiji dua yang rosaknya.Memang ade guru yang bermasalah.Tapi janganlah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.
*BUKAN MENGUNGKIT, TAPI MEMBANGKITKAN sekelumit usaha&pengorbanan guru hari ini..

Cikgu Jorasmin berkata...

Guru DG41 Sek Ren: saya sokong sangat...

kita usulkan kepada owner blog forwardkan email2 dan komen2 kita kepada encik idrus tu...

kasi dia tahu kenyataan sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

semua email tak puas hati, boleh emailkan je kat mamat ni...

izrul@water.gov.my

Tanpa Nama berkata...

kepada semua guru..maafkan saya atas pandangan cetek saya dalam Utusan Malaysia 29 April 2010.Saya akui kesilapan dan kealpaan saya sebelum menulis dan mengkritik.Pohon maaf kepada semua cikgu2!-IZRUL FARIS IDRIS

izrul faris idris berkata...

Pohon maaf kepada semua guru dan warga pendidik.

izrul faris idris berkata...

Pohon maaf kepada cikgu Jorasmin,Cikgu Nizar,Ashykyn,cikgu2 tanpa nama dan cikgu-cikgu seluruh malaysia..Saya ikhlas hati memohon maaf.Maafkan diri ini yang tidak peka sebelum menulis.

Cikgu Jorasmin berkata...

Email dari En. Izrul

From: Izrul Faris bin Ideris [mailto:izrul@water.gov.my]
Sent: Mon 5/10/2010 15:03
To: Mohd Jorasmin Mat Isa
Subject: Re: USAH PERTIKAIKAN TUGAS KAMI


Assalamualaikum En Mohd Jorasmin Mat Isa..
saya di sini ingin memohon maaf kepada en dan juga semua warga pendidik.Saya akui apa yang saya utarakan itu menyinggung warga pendidik dan seolah2 mempersoalkan tugas2 guru2 semua..
Saya pohon maaf,ianya datang dari kesilapan tanggapan saya sendiri..


--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

Tanpa Nama berkata...

patutla anak2 didik yang nakal dan lemah yang akan selalu ingat gurunya, tegur guru bila bertemu, hormat guru bila dah besar. anak2 yang cemerlang yang masuk SBP yang agaknya "kecemerlangan atas hasil usaha keras sendiri" tentu mudah lupa jasa pengorbanan guru

Cikgu Jorasmin berkata...

yup, itu statement yg betul. Saya punyai ramai anak murid yg nakal dan juga anak murid yg cemerlang...kenyataannya, yg nakal lebih ingat guru...jahat mereka belajar dr kesilapan dan akhirnya jadi berguna..