Sabtu, 8 Mei 2010

Guru KPLI perlu jalani temu duga

2010/05/08

SAYA ingin memberi pandangan berhubung luahan hati ‘Ibu Prihatin’ dari Pahang meminta supaya temu duga pelantikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dimansuhkan melalui ruangan ini dalam siaran 6 Mei lalu.

Sebagai ibu tidak salah untuk meluahkan rasa apabila anak sendiri terbabit dalam sesuatu kesukaran, tetapi biarlah bersesuaian,

‘Ibu Prihatin’ meminta temu duga pelantikan dilaksanakan hanya kepada guru yang mengambil kursus perguruan di universiti dan juga guru Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan tidak kepada guru lepasan KPLI.

Apakah keistimewaan dan kelebihan guru lepasan KPLI yang melayakkan mereka dikecualikan? Adakah hanya kerana mereka pernah diuji dengan MTest dan ditemuduga oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan lulus kursus KPLI selama setahun di Institut Pendidikan Guru (IPG) memberikan mereka tiket kelas pertama.

Guru PPPLD juga perlu diuji dengan Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP) dan ditemuduga sebelum diterima masuk ke maktab perguruan dan berkursus selama tiga tahun.

Guru itu juga perlu ditemuduga untuk pelantikan, malah mereka akan ditemuduga lagi untuk pelantikan ke DG41 bagi yang menyambung pelajaran dan mendapat ijazah, sedangkan mereka terdiri daripada guru lama berpengalaman dan berkhidmat lebih dari 10 tahun, Ada sebahagiannya adalah guru cemerlang dalam bidang masing-masing.

Bagi guru yang berkursus di universiti selama empat tahun dan menerima ijazah sarjana muda pendidikan, mereka turut diuji dengan ujian MedSI dan ditemuduga.
Sememangnya semua guru terbabit lebih mendalam pengetahuan mereka dalam bidang perguruan jika dibandingkan dengan guru lepasan KPLI, tetapi mereka juga turut ditemuduga untuk tujuan pelantikan.

Sehubungan itu, apakah kewajarannya guru keluaran KPLI dikecualikan untuk ditemuduga, hanya kerana gagal ditemuduga dan lambat dilantik, ‘Ibu Prihatin’ menidakkan kebolehan guru terlatih dari program perguruan lain.

GURU PPPLD,
Mentakab, Pahang

Berita Harian Online: 8 Mei 2010

3 ulasan:

guru KPLI berkata...

ptd ditemuduga oleh yg melantik sebelum masuk INTAN iaitu SPA. so,tak perlulah ditemuduga lagi sekali.

guru ditemuduga oleh KJ dimaktab2 sebelum layak diterima masuk ke maktab2.Bila dah posting, guru ini hanya menjawat jawatan guru sandaran terlatih(GST) DC41 kerana kuasa yg melantik guru2 terletak pada SPP.
Justeru,GST ini perlu ditemuduga oleh yang layak melantik iaitu SPP supaya jika lulus temuduga,guru ini dapat dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah(ppps).

Untuk lulus temuduga, GST perlulah bersedia dari segi isu semasa,pendidikan,kenegaraan dan pengetahuan am.

Dalam apa jua temuduga, ia tidak akan berjaya jika calon TIDAK BERSEDIA.

Ibu ini perlu faham sedalam2nya situasi ini sebelum memberikan komen di dada akhbar kerana surat ibu ini menyebabkan pandangan sinis orang lain terhadap guru KPLI .

Nizar_Ryza berkata...

'ibu prihatin' ini hanya untuk menutup kegagalan anaknya yang mungkin masih kabur dengan tugasan guru ataupun tidak berpengetahuan luas..

Tanpa Nama berkata...

Sy sgt bersetuju dgn artikel ini.. Walaupon guru kpli yg lain rs tercabar dgn komen2 yg diberikan dlm artikel 'ibu prihatin' tersebut,bak peribahasa 'krn nila setitik rosak susu sebelanga' senarionya.. Tetapi mereka perlu menerima hakikat bhw, pengalaman seseorang guru juga penting selain akal yg dianugerahkan Allah.. Sebaiknya niat kita hanya untuk memajukan anak bangsa n bukan berkisar pada tangga gaji.. InsyaAllah