Isnin, 31 Mei 2010

Guru lepasan ijazah jadi rebutan


Sebahagian daripada 263 graduan gembira pada Konvokesyen Institut Perguruan Kampus Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 30 Mei - Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya di kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai.

''Selain siswazah, KPLI turut menjadi buruan golongan yang telah bekerja dan sanggup melepaskan jawatan sebagai peguam, jurutera, pegawai eksekutif dan pensyarah bergaji lebih lumayan untuk menjadi seorang guru.

''Perkembangan ini amat menakjubkan kerana mereka sanggup mengorbankan kerjaya yang telah diterokai dan melepaskan gaji tinggi semata-mata menjadi guru," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvokesyen kali ke-47 Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim.

Dalam pada itu, Alimuddin meminta guru pelatih menunjukkan kesungguhan yang berterusan selepas bergelar guru dengan mengajar murid-murid daripada pelbagai latar belakang dengan ikhlas.

''Sekiranya teori dan praktikal semasa latihan gagal diaplikasikan, rujuk dengan guru-guru yang lebih berpengalaman," katanya.

Sementara itu, seorang graduan dan bapa kepada tiga anak dianugerahkan Pelajar Cemerlang Kokurikulum apabila berjaya menyeimbangkan di antara akademik dan aktiviti luar.

Shahrul Nizam Shahlan, 32, mengakui untuk menyeimbangkan akademik dan kokurikulum memang meletihkan.

Sebelum mengikuti KPLI, Shahrul Nizam memegang jawatan Pengurus Keselamatan di Johor Bahru selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Seorang lagi pelatih yang juga bekas Eksekutif Pemasaran Takaful Malaysia cawangan Kota Bharu, Mahani Mat Deris, 33, berkata, dia sanggup meninggalkan jawatan dan gaji lumayan semata-mata untuk menjadi guru.

''Guru adalah cita-cita sejak kecil dan apabila anak-anak semakin membesar, kerjaya ini paling sesuai kerana mempunyai lebih banyak masa dengan mereka," katanya yang dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang Praktikal.

Penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan, Aminah Sabtu, 29, berkata, dia pernah kecewa apabila permohonannya sebelum ini untuk memasuki maktab perguruan ditolak.

Namun dia tidak berputus asa dan kesabarannya itu berbaloi apabila hari ini, selain anugerah itu dia turut menerima anugerah Pelajar Cemerlang Akademik.

Aminah kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang, Selangor sebagai guru bimbingan dan kaunseling.

Utusan Malaysia Online: 31 Mei 2010

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KALAU BOLEH SECEPAT MUNGKIN......... HAPUSKAN pengambil guru KPLI sekolah rendah ni........... banyak masalah komitmen kerja bila dah kena posting.

Guru KPLI berkata...

tanpa nama: Jangan iri hati...

Tanpa Nama berkata...

BUKAN iri hati... itulah hakikatnya yg sedang berlaku skrg. Dgn adanya guru keluaran IPGM, harap KPLI ditamatkan.
Bukan semua KPLI bermasalah, tetapi yang banyaknya begitulah....

Tanpa Nama berkata...

Di sekolah saya,semua guru tidak ada masalah.Tiada perkataan mereke guru ijazah,mereka guru diploma. Kami bersama-sama berusaha.Suasana aman.Yang baru belajar dengan yg lama.

Setiap perbezaan pendapat dibincangkan bersama.

Mungkin, perkataan cikgu "banyak" itu tidak berapa tepat.Mungkin, di sekolah cikgu, mereka membuat masalah tetapi ia tidak semestinya berlaku di tempat lain.

Jika kita fikirkan,majoriti guru di sekolah menengah terdiri daripada guru KPLI. Tiada masalah.

Cikgu,ubahlah pemikiran.Jangan sentiasa mencari kesilapan orang lain walhal diri sendiri tidak semestinya betul.

Bukalah minda,lapangkanlah dada. Berdoalah bersama sama agar kita menjadi guru yang betul-betul cinta untuk mengajar murid kerana setiap apa yang diajar, dipantau oleh malaikat di kiri dan kanan kita.

Ingatlah, mungkin di dunia kita boleh lepas tetapi d sana,kita tidak akan lepas tidak kira samada anda guru KPLI,Guru IPGM, mahupun guru KDPM sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama yang suruh hapuskan kpli sebenarnya tak boleh menerima hakikat yang keupayaan guru guru kpli semakin diterima ramai...

Tanpa Nama berkata...

Setelah adanya pismp perlukah adanya lagi KPLI? Sedangkan pismp sudah diwujudkan 6 tahun yg lepas. Skg Lepasan sulung pismp sedang mengajar di serata malaysia. Bagaimana dgn lepasan upsi dan program pendidikan yg lain? Wajarkah lg kpli diwujudkan?

Tanpa Nama berkata...

Era lewat 80an-90an-00an kpli berguna untuk sektor pendidikan kerana dapat menampung jumlah kekurangan guru. Ditambah lagi kalau guru2 kpli yg sememangnya berminat untuk mengajar. Ianya juga merupakan peluang kepada lepasan ipt yg tidak memperolehi kerja mengikut bidang masing-masing. tetapi jika dibandingkan zaman sekarang tidak ramai guru2 yg mempunyai semangat dan kesungguhan utk mengajar seperti guru2 terdahulu. Ditambahkan lagi dengan hanya memohon kpli sebagai peluang mudah memperolehi pekerjaan. Adalah wajar jika kpli di mansuhkan dan diberi kpd guru sandaran tidak terlatih yang lebih berpengalaman.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana pula anggapan "tanpa nama" jika guru GSTT masuk KPLI untuk mendapat jawatan guru sebenar? Apakah mereka secara tidak langsung masuk golongan KPLI?
Mana perginya profesionalisme Guru jika asyik menunding jari kesalahan kepada KPLI?
sekiranya kita serumpum profesion keguruan harus lah berkerjasama, berkolaborasi secara berfaedah daripada mewujudkan sikap diskriminasi.
Beri nasihat tunjuk ajar kepada yang baru, sedangkan memperkembangkan potensi murid dengan cara kita berikan pendekatan peneguhan positif..
Fikir-fikirkan lah, renung-renungkan lah daripada terus menghina dan mengata-gata seperti memukul gong untuk memberitahu semua org hal keburukan ,, apakah faedah yang kita dapat?, sedangkan FPK berhasrat mencapat matlamat "membina modal insan yang hormanis dan seimbang."

Tanpa Nama berkata...

baik GSTT masuk KPLI atau KPLI biasa, majoriti masalah komimen bila dah posting. Yang datang praktikum pun, kalau datang 6 orang, 4 orang yang dah mula tunjuk belang 'kehebatan'. Yang taknak bertanya, yang tolak kerja, yang tunjuk pandai. Setakat ni,tak pernah lagi ler yang jumpa KPLI praktikum yang buat rancangan mingguan sendiri. Minta nak tengok sebagai rujukan, last2 yang kita punya jugak ler yang dia photostate tempek kat buku ringkasan. Orang BPG pun kata lepasan KPLI memang teruk...hmmmm. Tapi kalau cikgu biasa kata diaorang teruk, kitalah yang 'iri hati'. Kalau orang BPG atau yang graduate mcm diaorang yang kata, takpe kot.

Tidak kisah, katalah apa sahaja berkata...

salam.
agak kasar tuduhan dilemparkan kepada guru KPLI. saya tidak menafikan, mmg segelintir rakan2 seperjuangan mempunyai value dan etika yang tidak memberansangkan. tetapi, takkanla kerana nila setitik rosak susu sebelanga?

saya juga merupakan pelatih KPLI. syukur guru pembimbing semasa praktikum memberikan bimbingan yang cukup utk saya akhirnya diperakukan cemerlang praktikum. alasan utk meminjam rancangan pengajaran tahunan dari guru senior bukanlah untuk meniru! astaghfirullahalazzim. tetapi sbg rujukan utk memperbaiki kekurangan diri menjadi lebih bagus. tidakkah cikgu yg menjadi pakar rujuk itu harus berbangga kerana anak didiknya juga berjaya?

tepuk dada tanya selera. saya tidak kisah jika dihentam guru senior hanya jika saya guru KPLI. yg penting niat saya di sekolah hanya kerana Lillahitaala. ingatlah wahai saudara, lihatlah individu dari komitmen dan dedikasi kepada tugasnya, bukan kerana KPLI asalnya.

Tanpa Nama berkata...

Guru KPLI ini ada yang bangga dan bermegah diri. selalu kata dia yang hebat sebab dia ada pengalaman kerja a long time ago....tak tau la kena pecat oleh boss dia, ada yang kata kerja guru ni senang, nyesal jugak masuk kpli jadi guru sebab terlalu relax compare ngan kilang yang dia kerja dulu sebagai engineer..pastu kata PISMP budak mentah, guru diploma di takuk yang lama,gaji rendah....hello people....yang suka lompat2 tukar karier ni la slalunya loser....kalau hebat sangat buat apa apply jadi guru...continue la sebagai lawyer,engineer......ni tunjuk hero, ni salah, tu salah.....kilang i ok lagi banding di sekolah ni....itu kilang MR Katak Lompat.......elok fikir dulu sebelum apply KPLI nih....

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan guru yang teruk kehadiran kerja dan malas masuk kelas di sekolah saya sekarang adalah guru lulusan pendidikan asal.