Khamis, 6 Mei 2010

Guru lepasan KPLI tidak wajar jalani temu duga pelantikan

2010/05/06

ANAK saya seorang guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), dan melaporkan diri di sebuah sekolah kebangsaan pada 1 Ogos 2008.

Pada temu duga perlantikan pertama, dia gagal, bagaimanapun, bagi temu duga kali kedua, dia lulus.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) kemudian melantik anak saya pada 1 September 2009, iaitu setahun dari tarikh beliau melapor diri.

Berikutan tempoh perlantikan itu, bermakna anak saya mengalami kerugian kira-kira RM10,000 dan hilang kekananan dan lambat setahun untuk dapat ‘time base’ bagi DG44 dan DG48.

Apakah dasar yang diguna oleh SPP mesti menemuduga guru, semata-mata untuk membuat pelantikan, adakah ia satu dasar yang baik?

Guru KPLI perlu mengambil MTest, temu duga oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan lulus kursus KPLI di maktab. Adakah ini semua belum cukup syarat untuk dilantik sebagai guru? Adakah temu duga oleh BPG ini tidak diiktiraf oleh SPP?

BPG sudah ada ‘Punca Kuasa’, bagi ia menemuduga bakal pendidik. Saya difahamkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak mengadakan menemuduga apabila mahu melantik pegawai PTD itu, memadai dengan temu duga kali pertama.
Temu duga bagi tujuan pelantikan ini hanya dilakukan oleh SPP. Ini peraturan lapok dan zalim. Bagi saya, temu duga itu bukan untuk meluluskan guru, tapi untuk menggagalkan guru.

Temu duga untuk perlantikan ini hanya boleh dilakukan kepada guru yang mengambil kursus perguruan di universiti dan guru lepasan Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan bukan guru lepasan KPLI.

Melalui nukilan ini, saya meminta SPP, Menteri Pelajaran dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mengkaji balik peraturan temu duga ini.

Pihak terbabit perlu mencari jalan penyelesaian agar guru KPLI tidak ditemuduga bagi kali kedua. Semata-mata untuk membuat perlantikan.

Mansuhkan peraturan ini mulai 1 Januari 2008. Guru lepasan KPLI boleh terus dilantik pada bulan kedua selepas dia melapor diri.

Semua langkah itu, barulah bersesuaian dengan dasar kerajaan sekarang, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Maafkan saya jika luahan ini menyongsang arus, melanggar adat dan budaya. Ia dibuat dengan niat untuk menyelamat ramai guru daripada menjadi mangsa peraturan lapok ini.

IBU PRIHATIN

Berita Harian Online: 6 Mei 2010

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa punyai ibu..... sayang anak tak bertempat. Beru 2 tahun kerja.... dah dok fikir nak dpt DG 44 dan 48. Sifir apa kau pakai utk dpt sampai RM 10.000. Kpd KPM dan SPP.... jgn mansuhkan temuduga ini. TERUSKAN. kalau boleh, bagi soalan yg susah sikit.

Lagi baik, kalau boleh... tamatkan terus pengambilan guru KPLI dgn serta merta. Kami guru2 kat sekolah tak mau GURU KPLI.

ashykyn berkata...

Aiseh.. saya rasa tak da siapa yang rugi sbbnyer semuanya memanga kan dilantik selepas setahun. Saya bukan guru KPLI tapi juga dilantik selepas setahun dan diberi gaji 'backdated' dari hari pertama saya mendaftar di sekolah..Dan sehingga sekarang, belum lagi disahkan jawatan ( sy guru berkelulusan B.Ed, belajar di bawah biasiswa Perguruan Persekutuan).. saya rasa semua itu adalah proses yang setiap guru perlu lalui.. dan saya merasakan TEMUDUGa ini amatlah PERLU..Tambah-tambah bagi calon KPLI..hehehehe yang secara terangnya tak tahu proses pengurusan...

Durra berkata...

Sy juga tidak bersetuju dgn cadangan puan bahawa temuduga SPP dimansuhkan utk KPLI.. Puan perlu ingat, walaupun anak puan lepasan ijazah tetapi hanya dilatih utk perkhidmatan pendidikan selama setahun sahaja.. Untuk menjadi guru bknlah semudah itu, bnyak faktor diambil kira & setakat ini bnyak rungutan pihak sekolah disebabkan prestasi lepasan guru KPLI yg kurang memberansangkan.. Sy pun tidak faham kenapa kerajaan masih meneruskan KPLI ini. Sy berkelulusan B.Ed TESL dan juga merupakan pelajar tajaan biasiswa perguruan persekutuan selama 6 thn tetapi masih perlu ditemuduga SPP. Prosedur tetap prosedur & jika melihat kpd itu, sy rs kumpulan sy lg layak dimansuhkan temuduga SPP tetapi tidak pernah terfikir pun begitu.. Bersyukurlah dgn rezeki yg anak puan terima..

Nizar_Ryza berkata...

Macam biasa, ramai guru cukup dengki dengan nama 'KPLI' ini.

Kes bahawa makcik tu menulis tanpa menggunakan akal yang panjang memanglah kurang wajar. Saya juga tidak bersetuju.

Menggunakan alasan setahun latihan sahaja tidak cukup adalah memalukan dan merendahkan nilai akademik guru itu sendiri. Walhal, banyak sekolah yang guru GSTT lebih baik, rajin dan berpengetahuan luas berbanding guru-guru lama. Itu tanpa sehari pun latihan tu.. Adik saya juga guru dari B.Ed TESL, tatapi saya tak nampak pun apa hebatnya dok maktab 6 tahun berbanding kami yang 'hanya' setahun di maktab ni.

Fikir-fikirkanlah wahai rakan guru sebelum melabel itu ini kepada orang lain yang menjadi mangsa semata2 grednya lebih tinggi dari kita..

qistin_hana berkata...

Pandangan ibu prihatin ini serba sedikit mencalarkan imej guru KPLI.. Sy sendiri merasakan temuduga SPP itu dapat meningkatkan kualiti sy sebagai seorg guru.. soalan2 yg d tanyakan adalah berasas dan menguji kepintaran serta kebolehan kita sbg seorg pendidik.. Sekiranya gaji dan pangkat yg menjadi ukuran.. sy rs bidang pendidikan bukan lah bidang yg layak utk anak puan.. jgn kerana masalah anak manja puan itu d jadikan satu isu negara.. Jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Sudah byk cemuhan guru KPLI yang d terima..krn segelintir yg bermasalah..kami d sekolah pula d cemuh.. perbandingan latihan perguruan tidak menjamin apa-apa.. bab kata pujangga.. org bijak pandai bercakap menggunakan akal, org biasa bercakap menggunakan pengalaman.. fikir-fikir kan lah

Guru KPLI lama berkata...

Guru dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan pendidikan. kakitangan awam ada yg dilantik oleh SPA. Temuduga sebelum memasuki KPLI mahupun KDPM biasanya dijalankan oleh KJ di maktab2. Ia hanya tiket yang melayakkan kta memasuki kursus.Kuasa melantik masih tertakluk kepada SPP. Ia tiada persoalan.

Berbeza dgn ptd,temuduga dijalankan oleh mereka yang melantik(SPA).Justeru, setelah mereka mendapat DPA, mereka tidak perlu ditemuduga semula.

Isunya di sini, ibu ini tidak faham tentang siapa yg boleh membuat lantikan.

Namun, saya tidak faham, apa niat di sebalik tulisan "tanpa nama","ashykyn" serta "Durra" tentang pandangan awal terhadap guru2 KPLI.Mungkin, anda terlepas pandang terhadap majoriti guru di sekolah menengah terdiri daripada guru2 KPLI.

Tidak dinafikan, ada guru yg tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ia tidak terkecuali hanya kepada guru2 KPLI.

Janganlah disebabkan ada beberapa org guru yg tidak perform ini menyebabkan anda melabel semua guru KPLI tidak menyumbang dalam pembangunan pendidikan di negara ini.

DUckLinG berkata...

kenapa harus mempertikaikan guru KPLI..smua guru adalah dilatih tidak kira sama ada 1thn,2thn,3thn,4thn skalipun..yg penting kesungguhan seorg guru untuk mendidik ank bangsa dan memenuhi aspirasi negara...tidak ada guna sekiranya belajar dlm pendidikan spnuhnya ttp setelah di hntr ke sekolah hya tau komen sna sni..nmpk silap org sna sni..walhal smua sama yg penting kesungguhan dan keikhlasan...apepun tepuk dada tanya iman...

pemerhati guru2 berkata...

apapun, yang penting korang ikhlas mengajar anak orang..jgn hanya gaji besar semuapun berlumba2 nak jadi guru. (main factor). kpli atau b. ed atau guru maktab sebenarnya sama jer..yang penting cara atau kaedah mengajar tu mcm mana, ok ka atau ko.

ok...jgn dengki2 wahai guru2..kalu nak gaji besar, wahai guru2 keluaran maktab, pandai2la ambil ijazah..open university kan ader....ok..

Tanpa Nama berkata...

saya pula lain pula masalahnya..saya dipostingkan di sebuah di pantai timur bersama seorang lagi guru. setahun kemudian, kami dipanggil temuduga oleh SPP...Alhamdulillah, saya lulus dalam temuduga tersebut tetapi rakan saya itu gagal.Saya telah dilantik DG41 pada tangga gaji P1 T4. tetapi setelah rakan saya tadi gagal, dia sekali lagi dipanggil untuk temuduga dan lulus. tetapi, dia telah dilantik DG41 pada tangga gaji P1T5.saya tidak nampak keadilan di sini yang mana sekiranya kita lulus atau tidak temuduga terbabit, gaji tahunan kita tetap berjalan. sehingga kini, rakan saya tinggi satu tangga gaji dari saya padahal tarikh lantikannya lambat dari saya.dan saya menanggung kerugian RM dan kekanan saya. harap masalah saya ini diberi perhatian serius.

Tanpa Nama berkata...

saya guru DPLI sudah puas mendengar komen2 yg menghina kami. Bagi saya apa yang penting adalah kita sama2 ikhlas dan efisien buat kerja. Sudah takdir kami menempuh jalan yang lebih panjang sebelum sampai ke kerjaya guru. Jika anda menghina kami, bukankah anda menghina takdir kami dan DIA yang menentukan takdir kami? Pengalaman saya di sekolah, guru major pendidikan asal dan KPLI/DPLI sama sahaja dari segi kualiti kerja. Ada juga guru major asal yang mengaku mereka sebenarnya tak minat jadi cikgu tapi dipaksa oleh ibu bapa. Jadi, cukup2lah menghina kami. Saya cari makan dengan cara halal menggunakan kelulusan saya.