SAYA ada terbaca dalam Internet tentang coretan hati seorang guru wanita. Bagus kalau dapat kita hayati keikhlasan guru itu. Bagi guru itu, meraikan Hari Guru bukan untuk diri sendiri sebaliknya berkongsi kegembiraan bersama anak murid. Bukan hadiah yang diinginkan. Hanya sebuah rasa gembira. Gembira bersama anak murid tercinta apalagi yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dan akhlak yang terbilang.
“Cikgu memang nak sangat hadiah tu... nak sangat-sangat! Kalau tanya cikgu nak hadiah apa.. itulah jawapan cikgu. Kejayaan kamu... kebanggaan cikgu. Kegagalanmu... kepincangan cikgu.
“Cikgu tak mengharapkan A daripada kamu semua. Kalau ada.. alhamdulillah. Cikgu mahu kamu semua lulus supaya cikgu tahu yang selama ini cikgu tak syok sendiri. Lakukan yang terbaik... bukan hanya untuk cikgu... tapi untuk diri dan keluargamu. Mulakan dengan doa. Jangan lupa mohon maaf terlebih dahulu daripada kedua-dua orang tuamu.
“Cikgu sentiasa halalkan ilmu yang cikgu curahkan. Sehabis usaha daripada kamu semua adalah hadiah yang paling bernilai cikgu terima,” kata guru tersebut.
TERHARU
Kuala LumpurUtusan Malaysia Online: 15 Mei 2010
1 ulasan:
pengumuman insentif kepada pengetua, guru besar dan guru-guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Ganjaran ini merupakan satu pngiktirafan kepada golongan guru yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Terutama sekali kepada pengetua dan guru besar diharap ganjaran ini memberikan semangat yang tinggi untuk bekerja keras dalam memastikan sekolah mencapai tahap KPI yang cemerlang. Diharap ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang begitu besar tidak menjadikan mereka sebagai pemimpin yang gelojoh dengan menjadikan guru-guru dibawah pimpinan menjadi kakitangan suruhan, ditekan, dimaki hamun jika kemahuan tidak ditunaikan dan diugut dengan macam-macam peraturan yang bertujuan untuk kepentingan mereka sahaja. Sebagai guru biasa di sekolah kami mengimpikan seorang pengetua atau guru besar yang benar-benar boleh memimpin kakitangan bawahan dengan mesra, menghormati orang bawahan, memahami masalah kami, bertindak sebagai benteng pertahanan utama jika ada masalah melibatkan ibubapa pelajar yang bermasalah dan tidak membiarkan kami tekapai-kapai menyelesaikan sendiri masalah pelajar ,kami inginkan pemimpin yang tidak hanya mengharapkan tenaga kami sahaja tetapi membawa kami sama-sama bekerja,sedia menerima pendapat dan cadangan ramai serta tidak mudah naik angin jika ada masalah guru tetapi cuba menyelesaikan dengan penuh ketenangan dan terbuka.Jika memberikan nilaian prestasi kakitangan, berilah secara amanah,ikhlas, jujur dan tidak pilih bangsa,agama dan budaya.
tahniah Pengetua dan Guru Besar.
Catat Ulasan