2010/05/04
KEMENTERIAN Pelajaran merujuk laporan akhbar ini bertajuk ‘Tokoh akademik syor wujud pembantu cikgu’ bertarikh 2 April lalu. Kementerian mengalu-alukan cadangan Tan Sri Abdul Rahman Arshad itu untuk jawatan pembantu guru melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian.Kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti keperluan jawatan itu serta mengambil kira pelbagai implikasi, termasuk kewangan. Sebagai negara pesat membangun, komposisi penduduk pada peringkat umur persekolahan adalah besar berbanding negara maju.
Kini, keperluan pendidikan dalam semua aspek termasuk membentuk sistem pendidikan berwibawa dan merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar.
Kejayaan pendidikan bukan hanya dengan menambah sumber tenaga pendidik sebaliknya, memerlukan peningkatan produktiviti dan daya saing negara.
KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online: 4 Mei 2010
2 ulasan:
Kejayaan pendidikan bukan hanya dengan menambah sumber tenaga pendidik sebaliknya, memerlukan peningkatan produktiviti dan daya saing negara.
KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online: 4 Mei 2010
macamana guru malaysia dapat meningkat produktiviti dan daya saing negara?
gaji guru bersiswazah lebih rendah daripada guru bukan siswazah seperti yang berlaku kepada guru dg2941............
asyik2 kaji tapi tiada keputusan
Catat Ulasan