Ahad, 16 Mei 2010

Muhyiddin umum ganjaran wang tunai untuk pengetua, guru

16/05/2010 2:22pm

KUANTAN 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar. – Bernama

Utusan Malaysia Online: 16 Mei 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ganjaran harus adil kepada semua warga sekolah tanpa mengira kedudukan kerana yang merancang dan melaksanakan bukan seorang sahaja, bukan seorang pengetua atau seorang guru besar, bukan juga seorang guru tetapi semua guru terlibat. Memberikan ganjaran yang terlalu besar kepada pengetua atau guru besar adalah sesuatu yang tidak adil kepada guru-guru yang lain.Ganjaran ini seolah-olah seorang sahaja yang memikirkan siang dan malam. Secara peribadi saya tidak setuju dengan penilaian ganjaran ini. Kalau mahu bagi, bagi sama rata kepada semua guru yang terlibatsama menjayakan aktiviti sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Sekolah boleh berfungsi tanpa GB/Pengetua/PK TETAPI tanpa guru-guru, sekolah tak dapat berfungsi. FIKIR-FIKIRKANLAH....Mengapa 8% guru shj yg diberi ganjaran, yg lain NGANGA saja.

Tanpa Nama berkata...

UNTUNGLAh guru2 di Sekolah ELIT, boleh dpt gajaran. YG kat sekolah kampung, pedalaman,estet... SORRY la.... Mana boleh keputusan PEPERIKSAAN dijadikan ukuran utk menilai guru.

hafiz berkata...

bagi saya yang terbaik ialah memberi ganjaran kepada guru-guru yang berjaya menaikkan prestasi sekolah-sekolah yg dikira 'terkebelakang' dari segi kualiti akademik & sahsiah pelajar ..
TIDAK ADIL jika insentif ini diberi kpd sekolah2 yg pelajar2nya sudah terpilih dan menjalani proses saringan sblm diterima masuk.Apatah lg jika sekolah2 ini mempunyai kemudahan yg serba lengkap..

Tanpa Nama berkata...

Pengetua /guru besar jee yg dapat...?
suruh depa buat sendiri.....