Sabtu, 22 Mei 2010

Temu duga terbuka calon guru

2010/05/22

KAMPUNG GAJAH: Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran akan mengadakan temu duga terbuka di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memilih calon guru sekolah menengah serta rendah.

Pasukan penemuduga yang dilantik membabitkan pegawai kementerian selain wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).


Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkat,a sejajar dengan pendekatan itu, pihaknya akan menentukan pengambilan calon berdasarkan kuota iaitu Semenanjung 40 peratus dan masing-masing 30 peratus bagi Sabah dan Sarawak.


Katanya, pasukan penemuduga akan turun padang menemui pemimpin tempatan dan meminta kerjasama mempromosikan konsep itu bagi menggalakkan anak tempatan menghadiri temuduga terbuka di kawasan mereka.


“Konsep ini bertujuan membuka peluang kepada pelajar yang layak dan mereka akan diberi latihan intensif ketika cuti sekolah di samping menjalankan tugasan sebagai guru di sekolah di kawasan penempatan mereka.


“Ini untuk mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak ketika ini,” katanya selepas menghadiri majlis dialog dengan pengetua dan guru besar sempena sambutan Hari Guru kawasan Parlimen Pasir Salak, di sini, kelmarin.

myMetro: 22 Mei 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa dalam perkara ini kementerian tidak melaksanakan proses temuduga untuk mereka yang memiliki ijazah. Ini kerana beratus ribu graduan yang masih menggangur. KPLI pun sukar handak dapat. Sedang kan ramai yang betul-betul berminat untuk menjadi guru. Pelajar yang lulus SPM mempunyai ruang dan masa yang lebih untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian atau pusat latihan

graduan kecewa

Tanpa Nama berkata...

hafiz kedah...
Satu usaha dan inisiatif terbaik dalam memenuhi keperluan semasa guru bagi Sabah dan Sarawak...
Adakah masih berpeluang bagi calon dari semenanjung untuk ditemuduga terbuka calon guru ke kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak?
ini kerana minat saya yang mendalam dalam profesion prguruan..sekiranya boleh;bagaimana prosedur untuk memohon?
Harap KPM dapat membantu...

"mahu jadi cikgu"