Selasa, 11 Mei 2010

Waktu bekerja guru, pensyarah tidak sama dengan orang lain



2010/05/11

SAYA tertarik dengan ulasan pelbagai pihak berhubung aduan Pensyarah Penat dalam ruangan ini baru-baru ini. Saya mengambil masa untuk mengulasnya kerana mahu memahami di sebalik kemelut tersurat dan tersirat dalam diri Pensyarah Penat.

Sebagai bekas guru dan pensyarah, saya memahami apa yang diluahkan Pensyarah Penat itu. Beliau tidak merungut beban kerja, tetapi mengadu mengenai masa bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang, kemudian mengambil masa lebih satu jam untuk sampai di rumah dan baki masa yang ada hendak digunakan untuk merehatkan minda, bersama keluarga dan akhir sekali menyelesaikan kerja sekolah di rumah.

Mungkin larut malam baru boleh tidur, dan keesokan hari seawal pagi lagi sudah bangun untuk ke sekolah atau kuliah.

Pada saya, waktu bekerja bagi guru dan pensyarah ada perbezaan, dalam seminggu sekurang-kurangnya tiga atau empat hari guru masuk kerja jam 7.30 pagi, pulang jam 1 tengah hari, manakala selebihnya masuk jam 7.30 pagi hingga jam 4 petang kerana aktiviti kokurikulum.

Bagaimanapun, masa bekerja pensyarah adalah penuh, dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang setiap hari, lima hari seminggu dan kadang-kadang enam hari satu minggu. Ini yang diluahkan oleh Pensyarah Penat.

Soal pengisian kerja tidak dipertikai kerana dia memilih untuk membabitkan diri dalam kerjaya itu, tetapi dia hanya memerlukan masa berkualiti supaya mindanya sentiasa sihat dan cergas, supaya apabila kesihatan baik, otak cerdas, minda cergas, beliau dapat mengajar dengan sempurna. Bahkan anak murid pun menerima kesan amat baik daripada pembelajaran itu.

Saya sedih dengan pelbagai ulasan yang dilontarkan terhadap aduan Pensyarah Penat. Ada yang menuduh Pensyarah Penat itu manja, tindakannya memalukan profesion pensyarah dan macam-macam lagi.
Namun saya percaya yang memberi ulasan itu bukan golongan yang berada sama situasi dengan dialami serta dihadapi Pensyarah Penat. Mungkin mereka hanya penganggur, bekerja sendiri, pesara dalam pelbagai bidang kerjaya sebelum ini dan golongan yang gagal mendapat tawaran sebagai pendidik.

Membandingkan tugas guru atau pensyarah dengan kerjaya lain adalah tidak wajar. Kebanyakan mereka tidak ada kerja yang harus disiapkan di rumah. Kalau ada pun, bukan setiap hari seperti dialami guru atau pensyarah. Kerjaya mereka habis atau bersambung di pejabat, tidak di bawa ke rumah, sebab itu mereka seronok membuli dan menyindir kerjaya pendidik.

Berhubung dakwaan gaji pendidik tinggi dan mendapat elaun beribu-ribu ringgit, itu tidak tepat. Kalau ada pun, ia dinikmati oleh pendidik yang mengajar di pedalaman seperti Sabah dan Sarawak. Sebagai seorang yang sudah pencen, saya mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran, apa salahnya mengkaji semula waktu mengajar atau bekerja bagi golongan ini.

PENSYARAH PENCEN,
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 11 Mei 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPM sepatutnya mengeluarkan secara jelas waktu kerja guru. Rata2 guru bekerja dari jam 7.30 pagi hingga tamat waktu persekolahan hari berkenaan. Dalam seminggu ada 2 atau 3 hari guru2 kena dtg semula untuk program kokurikulum yang telah dinyatakan secara jelas 2 jam seminggu.

Tanpa Nama berkata...

KPM sepatutnya mengeluarkan secara jelas waktu kerja guru. Rata2 guru bekerja dari jam 7.30 pagi hingga tamat waktu persekolahan hari berkenaan. Dalam seminggu ada 2 atau 3 hari guru2 kena dtg semula untuk program kokurikulum yang telah dinyatakan secara jelas 2 jam seminggu.

Tanpa Nama berkata...

sekarang guru tidak lagi terikat dengan waktu sekolah 7.30-1.15... tetapi selalunya lebih daripada itu...memang waktu persekolahahn menyatakan begitu tetapi hakikatnya tidak.guru sering balik lewat, kekadang ader mesyuarat, esokkan taklimat,koko,kursus, sukan...semua itu dilalukan lepas waktu persekolahan,bukan 1jam..kadang2 sampai 2-3 jam...itu belum lagi dikira kelas waktu cuti jumaat dan sabtu walaupun cuma 2-4 jam sahaja....waktu cuti sekolah lagi...jika perjalanan ke sekolah 1jam...bila masa nak bersama keluarga.....nak rehatkan minda..

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, jangan asyik kita pandang tugas kita sebagai guru atau pensyarah berat dan tidak berbaloi dengan gaji. Banyak lagi jabatan lain atau pekerjaan lain di sektor swasta yang kerjanya lebih berat dengan gaji yang tidak berbaloi. Contohnya semasa saya menjadi seorang jurutera disyarikat jepun satu ketika dulu, gaji saya hanya sekitar 2000 lebih sebulan tetapi saya mula bekerja dari jam 8 pagi hingga 10 mlm setiap hari. sedangkan office hour hanya 8pagi hingga 530 ptg sahaja. Sabtu dan ahad juga saya sentiasa dipanggil bekerja. Boleh dikatakan wajah anak dapat ditatap hanya dimalam hari sewaktu pulang bekerja. Isteri berkelulusan medicine dari luar negara tetapi saya arahkan tidak bekerja supaya dapat memberi tumpuan pada anak2. Inilah pengorbanan saya demi keluarga. Tetapi bila saya baca luahan hati para pendidik kebelakangan ini, saya rasa sedih kerana mereka ini meluahkan perasaan gaji tidak berbaloi dengan kerja, sering dimarahi parents, tiada masa bersama keluarga, kerja management yang banyak dsb. Kalau dibebani dengan alasan seperti diatas, kenapa tak dicari kerja lain yang dapat memenuhi kehendak anda semua. Kalau saya boleh arahkan isteri saya tidak bekerja utk menjaga anak2, kenapa warga pendidik tak boleh buat begitu dan sering mengadu tiada masa bersama keluarga?. Ini semua kerana duitkan?. Kawan saya sering berkata, kau bolehlah bini tak kerja boleh makan kat luar dan save budget. Isteri saya tak bekerja bermakna income saya adalah sekadar cukup dan membuatkan saya sering membawa bekal untuk jimat belanja. Sedangkan orang lain yang suami isteri bekerja makan diluar kerana tiada masa masak dirumah dan mereka juga mampu. Semuanya bergantung kepada kita. Saya memilih untuk bersyukur dengan gaji yang saya dapat dan anak2 tidak terabai. Sedangkan ada orang yang memilih untuk mendapat gaji banyak dan terpaksa terima hakikat sukar untuk memberi masa kepada keluarga. Ini semua bergantung kepada kita.

Kesimpulannya ialah cuba kita lihat warga pekerja lain yang tiada masa dan jalan untuk membuat pelbagai tuntutan seperti warga pendidik tetapi bekerja lebih teruk dan menerima gaji lebih rendah serta tidak mempunyai masa dengan keluarga. Mereka ini tiada siapa yang meperjuangkan nasib mereka.

Tanpa Nama berkata...

HAMBA ALLAH swt.

MEMBUAT KESIMPULAN MEMANG MUDAH,ADAKAH KITA BERFIKIR TENTANG BIDANG TUGAS DAN CARA TUGAS ITU DIJALANKAN,KERJA DI KEBUN LAIN,KERJA DI LAUT LAIN,KERJA MENDIDIK LAIN.SEMUA BIDANG KERJA ADA PERANCANGAN NYA. TETAPI UNTUK MENJADIKAN SEORANG MANUSIA ITU BERJAYA DALAM SEMUA KRETIRIA TIDAK LAH MUDAH SEPERTI YANG DIPERKATAKAN.PERANCANGAN UNTK SAMPAI KETAHAP ITU TIDAK SAMA DENGAN PERANCANGAN DAN BEBANAN YANG DITANGGUNG OLEH KERJA LAIN.100% PENGGUNAAN OTAK PERLU BEKERJA BAGI MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT.BUKAN HANYA KEMAHIRAN BERKERJA SAJA YANG DIPERLUKAN.LAGI PUN BOLEH KE KITA PEGAWAI KERAJAAN BERTUKAR KERJA SEWENANG WENANG NYA.KALAU BOLEH TENTU BAGUS.SEDANGKAN NAK MINTA TUKAR TEMPAT KERJA PUN BERPELUH SATU BADAN,INIKAN PULA NAK TUKAR KERJA YANG LAIN.TAK TAHU LAH KALAU ADA IKHSAN DARI YANG TERLIBAT,MENINJAU MASAALAH PENSYARAH ATAU GURU INI BETUL BETUL MENGIKUT SEKULAR YANG TELAH DI KELUARKAN, CONTOH KAWAN SAYA SEORANG PENSYARAH IPG, MASA MASUK KERJA DULU 7.30 PAGI BALIK JAM 2.00
PTG. TAPI SEKARANG MASUK KERJA 8.00 PAGI BALIK 5.00 PTG.HAIRAN LAH ,KELULUSAN DARI SIAPA NI.MENGIKUT FAKTA YANG ADA ADALAH MENGIKUT PERSETUJUAN PENGARAH PENGARAH IPG SAHAJA.KALAU DITERUSKAN,MAKA DENGAN SENDIRINYA HUBUNGAN PENSYARAH DENGAN KELUARGA ,MASYARAKAT,PEMBANGUNAN DIRI DAN MASYARAKAT TIDAK DAPAT BERJALAN SEPENUHNYA SEPERTI DULU LAGI.IBU DAN BAPA HANYA BERPELUANG BERSAMA SETAHUN SEKALI,ITU PUN KALAU PANJANG USIA.