Antara alasannya ialah tidak nampak sebenarnya logik tempoh masa yang panjang dapat melahirkan guru berkualiti. Jika ingin dibuat perbandingan antara KPLI dan satu lagi Kursus Perguruan, iaitu Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang pernah diwujudkan sebelum ini mengambil masa selama tiga tahun, tidak nampak perbezaan ketara dari segi kualiti skil pengajaran.
Malah, ada juga guru daripada kursus KDPM tidak dapat mengajar dengan lebih baik dan guru keluaran KPLI ada yang lebih baik dan berdisiplin daripada KDPM. Apa yang penting sebenarnya adalah kandungan kursus itu yang harus dimantapkan dengan kesungguhan pensyarah di institusi perguruan mencurahkan ilmu perguruan kepada bakal pendidik.
Memanjangkan tempoh kursus KPLI dilihat membebankan bakal guru kerana kita sedia maklum mereka ini kebanyakannya mempunyai komitmen untuk melangsaikan hutang pendidikan seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Lagipun, apa yang saya perhatikan kandungan kurikulum guru pelatih lebih kepada pendedahan mereka memberanikan diri tampil di khalayak menerusi aktiviti kerja kursus dan pembentangan sama seperti yang mereka lakukan ketika belajar di universiti.
Ironinya, apabila saya sendiri berada di sekolah, saya dapat melihat ada guru yang sudah mengajar berpuluh-puluh tahun, tetapi masih kurang keyakinan diri untuk berucap pada perhimpunan. Bagi saya kandungan kurikulum latihan guru perlu diubah dengan lebih mengutamakan kepada praktikal dan skil pengajaran bukannya menghafal buku sementara pensyarah bergelut menghabiskan sukatan.
Tiada guna masa kursus dipanjangkan, namun pengisian kursus perlu lebih kepada tugasan dan pembentangan.
BUKAN GURU APC,
Pandan, Ampang.
Berita Harian Online: 16 Jun 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan