Rabu, 17 Jun 2009

Penjelasan dasar pertukaran guru antara negeri

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Maziah Izifah, Mersing, Johor bertajuk 'Guru tiada kabel susah mohon pertukaran' disiarkan ruangan ini, 6 Jun lalu.

Berikut ialah Dasar Pengurusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran:

Berdasarkan keperluan ABM perjawatan diluluskan bagi tahun berkenaan

  • Keperluan perkhidmatan

  • Kekosongan jawatan semasa di negeri dan sekolah dipohon.

  • Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon.

    Asas Pertimbangan lain:

    a. Keperluan perkhidmatan berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen.

    b. Ancaman keselamatan (mesti sertakan bersama dengan laporan polis).

    � Ugutan atau ancaman bunuh ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak.

    � Ugutan atau ancaman cedera ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak.

    c. Kes kesihatan kronik (mesti mempunyai laporan kesihatan yang disahkan oleh doktor pakar kerajaan).

    � Kes kesihatan kronik diri

    � Kes kesihatan kronik keluarga (suami/isteri/anak)

    d. Ikut suami/isteri

    � Kenaikan pangkat suami/isteri

    � Arahan bertukar suami/isteri

    � Keadaan biasa (suami/isteri berada di negeri yang dipohon)

    � Permohonan bersama hanya dipertimbangkan untuk pertukaran bulan Januari

    e. Memenuhi tempoh perkhidmatan

    � Tempoh kelayakan bagi permohonan pertukaran ialah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun di negeri terakhir.

    � Bagaimanapun, kelulusan permohonan itu adalah tertakluk kepada keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.

    Guru dilarang menggunakan pengaruh luar untuk mendapatkan kelulusan pertukaran dan ia selari dengan Perintah-Perintah Am Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Awam.

    EMILY CLARICE JOANNES,
    Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran.

  • Berita Harian Online: 17 Jun 2009

    Tiada ulasan: