KUALA LUMPUR – Pihak sekolah dinasihatkan supaya mengambil kira beban yang ditanggung ibu bapa dalam membuat ketetapan amaun yuran tambahan yang akan dikutip mulai bulan ini.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, yuran tambahan atau juga yuran PIBG itu perlu ditetapkan pada kadar berpatutan dan bukan mencecah ratusan ringgit.
Apa yang penting katanya, proses penetapan yuran itu harus mengambil semangat pada kadar yuran sekolah yang dihapuskan kerajaan baru-baru ini.
“Kami telah beberapa kali memohon kementerian mewujudkan garis panduan jumlah sumbangan yang perlu dibayar oleh ibu bapa kepada PIBG di setiap sekolah.
“Tapi malangnya kementerian telah memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk menentukan sendiri dan inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa apabila bayaran yang dikenakan itu berbeza-beza dan tidak munasabah,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Kosmo Online: 15 Jun 2009
1 ulasan:
sekolah men keb cochrane, kl mengenakan yuran yg terlalu tinggi.yuranPIBG saha berjumlah RM168.00,yuran sekolah RM54.00. jumlah RM222.00 seorang murid tingkatan 5. mana boleh tahan ibu bapa bukan kaya.terpaksa jual kasut lama,baju lama nak cukup duit yuran tersebut.terlalu tinggi.tak tau apa aktiviti PIBG sekolah ni.murid nya ramai.mungkin ereka PIBG tak ade orang tegur,dan mereka suka kumpul duit banyak tak peduli ibubapa murid susah dan sengsara. tolong tengokkan sekolah ni,tak kan nak biarkan saje..
Catat Ulasan