LANGKAH Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mulai tahun depan dijangka mampu memantapkan lagi profesion perguruan terutama membabitkan graduan lepasan universiti. Berbanding pelatih yang mengikuti program ijazah perguruan di institusi pendidikan guru (IPG) yang terpaksa menghabiskan sehingga lima tahun untuk memperoleh ijazah sebelum ditawarkan mengajar di sekolah, tempoh yang diambil oleh pelatih KPLI adalah singkat, iaitu hanya setahun sebelum ini. Kita menyokong langkah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk memanjangkan tempoh kursus menjadi 18 bulan kepada pelatih berkenaan sebelum ditempatkan di sekolah di seluruh negara. Ini penting untuk memastikan guru terbabit mampu menguasai sepenuhnya pedagogi pendidikan yang menjadi teras kursus sebelum berdepan dengan pelajar di sekolah. Jika pelatih yang mengambil ijazah Sarjana Muda Perguruan dan program Sarjana Muda Pendidikan di universiti tempatan mengambil masa yang lama untuk diiktiraf, maka tidak adil bagi pelatih KPLI hanya mengikuti kursus singkat terus diserapkan menjadi guru. Tambah lagi, langkah diambil BPG itu adalah lanjutan terhadap kajian yang mendapati tempoh singkat bagi melatih pelatih KPLI menyumbang kepada kegagalan melahirkan guru berkualiti di kalangan lepasan berkenaan.
Dalam pada itu, langkah memanjangkan tempoh kursus dijangka dapat mengurangkan mereka yang semata-mata ingin mengejar pekerjaan, tanpa melihat kecenderungan sama ada mereka boleh menjadi guru cemerlang atau setakat makan gaji. Ini penting bagi negara mendapatkan mereka yang betul-betul layak dan meminati bidang perguruan, bukan menjadikan perguruan sebagai pilihan selepas tidak mendapat pekerjaan lain. Tidak hairanlah dianggarkan sejumlah 100,000 lepasan universiti yang masih menganggur memohon KPLI tahun ini bagi mendapatkan pekerjaan. Berbanding, bidang lain, perguruan memerlukan mereka yang bukan saja berminat untuk mengajar malah mendampingi kanak-kanak yang bakal menjadi anak didik mereka. Bukan mudah untuk menjadi guru baik yang lengkap dengan ilmu pendidikan membabitkan psikomotor, afektif dan kognitif yang dapat mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang sempurna mental dan fizikalnya.
Selain itu, kita berharap Kementerian Pelajaran dapat menyaring calon yang benar-benar layak untuk menjadi guru bagi memastikan mutu pendidikan di negara ini mencapai tahap yang diharapkan. Kita berasakan kementerian perlu mengetatkan langkah pengambilan, selain memanjangkan tempoh kursus kerana kita tidak mahu sekolah menjadi tempat lambakan guru yang ingin mudah mendapat pekerjaan. Jika ini berlaku, ia amat malang bagi sistem pendidikan kita kerana guru yang tidak berminat atau tidak sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mendidik, akan berdepan dengan rasa kecewa dan bosan selepas bertahun-tahun mengajar. Guru yang cemerlang dan terbilang amat kita perlukan bagi mendidik 5.4 juta pelajar di hampir 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dengan jumlah 386,031 guru di seluruh negara, kita amat berharap mutu pendidikan negara akan terus dipertingkatkan sejajar dengan proses kemajuan dan pembangunan negara.
Berita Harian Online: 15 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
hampeh betul sapa yang tulis berita nih.... sapa kata 100000 yang apply KPLI tu semuanya penganggur?? haprak sungguh bercakap tanpa fakta.. ni mesti sorang lg guru lepasan maktab yang dengki pada KPLI..
masa aku kat maktab, hampir semua pelatih KPLI sudah memiliki kerjaya sendiri.. termasuk la aku.. gaji takat RM3000 keatas tu kira lumrah didengari.. tapi kenapa masih memilih dan terpilih menjadi guru?
itu ketentuan ALLAH.. kalo dah tertulis di luh mahfuz lagi bahawa kita ni guru, menjadi penternak babi pun akhirnya akan menjadi guru.. (teringat member yang merupakan bekas pengurus kelab malam yang kini mengajar BI di penang)
guru yang masuk maktab tu dulu betul2 minat ke mak bapak yang suruh?? yee la baru umur 17-18 tahun mana mampu nak buat keputusan rasional lagi.. asyik2 salahkan KPLI.. tensen aku
aku pun dulu lepas spm mint5ak maktab. tp surat sampai salah rumah, melepas gitu je n terus masuk matrik.. dah rezeki aku nak jd guru dapat jugak tua2 nih.. yang penting, sedap nak bcerita pada murid kerana kita dah byk pengalaman hidup luar yang sebenar.. budak pun melopong n kagum dengar cerita kita kah3x
wassalam
Mana idaknyer, kalau kene bertugas berpasang dengan guru senior, alamatnyer buat keje sorang jer la pastue.
Alasan: "Mu kan KPLI banyoook gaji dan mude lagi, mu buat la yee, akak nak balik dah, malas nak lama2 disini"
Soalan: lepas bertahun2 mengajar jadi malas buat kerja tambahan, takkan akak ni KPLI jugak kot?
GuruTerbilangDamansara
Catat Ulasan