AKHBAR Berita Harian semalam (15 Jun), melaporkan kesatuan guru membantah cadangan pelaksanaan lanjutan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada 18 bulan seperti dicadangkan Kementerian Pelajaran.
Cadangan itu tidak perlu dibantah jika pihak kesatuan menyelidiki senario yang menyebabkan perkara ini dicadangkan. Usah bermain dengan logik saja, kajian perlu dilakukan oleh kesatuan guru sebelum membantah cadangan itu.
Dewasa ini tempoh selama setahun dirasakan tidak mencukupi dengan pelbagai input yang hendak diberikan kepada pelajar. Kurikulum dan program dirangka dalam struktur KPLI amat baik dan untuk menambahbaikkan lagi KPLI, tempoh pengajian mereka perlu dipanjangkan.
Kita tidak mahu mereka datang setahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sekadar hendak 'celup' saja dan kemudian menjadi guru. Perlanjutan boleh diisi dengan skima berikut, iaitu 12 bulan interaksi dalam IPGM, tiga bulan praktikum dan tiga bulan lagi untuk pelbagai program luar seperti Bina Insan Guru (BIG), Pendidikan Luar (PL) atau Gerak Kerja kokurikulum (Gerko).
ISMAIL,
Perlis.
Berita Harian Online: 16 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ismail ni gila ke hapa... aku x nampak pun cikgu kpli malas n teruk dari guru dpm? bgantung pada indvdu sbenarnya..
ni satu lagi kes dengki pada guru kpli
Catat Ulasan