Sabtu, 13 Jun 2009

Guru kena menumpang


INILAH blok bangunan SMS Jalan bukit Kajang yang musnah dalam kebakaran semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 127 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Kajang terpaksa menyambung sesi persekolahan mulai Isnin ini tanpa bilik mereka apabila satu blok bangunan sekolah itu musnah dalam kebakaran pagi semalam.

Bangunan dua tingkat itu menempatkan bilik guru di bawah manakala tingkat atas dijadikan perpustakaan, bilik peperiksaan dan bilik kaunseling.

Kebakaran pada pukul 5.35 pagi itu turut memusnahkan banyak dokumen milik guru seperti buku rekod serta slip keputusan peperiksaan para pelajar.

Pegawai Bomba Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang, Noor Ahmad Mohd. Sarif berkata, kebakaran itu dapat dikawal kira-kira pukul 5.50 pagi.

“Tiada kecederaan dilaporkan tetapi hampir 95 peratus struktur bangunan dan harta benda dalam blok itu musnah,’’ katanya dengan menambah, siasatan punca kejadian masih dijalankan.

Kosmo Online: 13 Jun 2009

2 ulasan:

Kriza berkata...

Innalillah....apa ya punca kebakaran? one of my collegue, wife dia mengajar kat situ. admin....mana nak download lagu Terima Kasih Guru tu? boleh share link? tQ!

Mardi Effendi berkata...

Bagaimana cara nya menepatkan informasi tentang sekolah