Sabtu, 13 Jun 2009

Guru hanyut laut ingat sudah ajal


KARIM (kiri) ceria disambut rakannya sebaik tiba di Pengkalan Maras setelah diselamatkan berhampiran perairan Pulau Kapas semalam.


KUALA TERENGGANU – “Saya sudah membayangkan ajal saya di tengah laut.”
Itu antara yang terlintas dalam fikiran seorang guru, Abdul Karim Salam, 51, ketika beliau hanyut di tengah laut selama 20 jam hanya berbekalkan lima keping biskut dalam keadaan ribut dan ombak bergelora bermula pukul 3 petang kelmarin.

Menceritakan kembali pengalaman itu, Karim memberitahu, beliau keluar memancing bersama dua rakannya pada pukul 7.30 pagi dengan menggunakan bot berasingan sebelum berpecah mencari lokasi memancing ketika tiba berhampiran Pulau Yu.

“Saya tidak arif tentang laut dan saya tidak dapat mengagak ribut akan melanda.

“Semasa saya dalam perjalanan pulang pada pukul 3 petang enjin bot saya mati sebab kehabisan minyak dan ketika itu ribut kencang dengan ombak melanda,” kata beliau semasa ditemui di sini semalam.

Kosmo Online: 13 Jun 2009

Tiada ulasan: