KUALA LUMPUR 12 Jun - Kerajaan perlu melaksanakan beberapa langkah termasuk mempertingkatkan latihan bagi guru Bahasa Inggeris sekiranya mahu mewajibkan calon lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Itu antara syarat Pergerakan Pemuda UMNO sebagai menyokong cadangan kerajaan itu sebelum ini dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa tersebut di kalangan pelajar.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pergerakan itu tidak ada halangan untuk kerajaan berbuat demikian tetapi perlu ada pelbagai usaha berterusan dan berkesan bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran itu tidak terjejas.
"Kena ada guru terlatih yang mencukupi bagi mengajar bahasa Inggeris dengan baik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama selepas pemilihan parti Mac lalu.
Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.
Khairy berkata, Pemuda UMNO turut mencadangkan supaya membawa masuk guru Bahasa Inggeris dari luar negara seperti dari United Kingdom untuk mengajar.
"Ini sehinggalah kita dapat menyediakan tenaga pengajar tempatan yang mencukupi sementara mereka menjalani latihan secara komprehensif.
"Pemuda UMNO juga mencadangkan Kementerian Pelajaran mencari kaedah mempertingkatkan masa pendedahan pelajar di sekolah terhadap mata pelajaran ini supaya semua aspek dan kualiti pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih meluas," katanya.
Khairy turut menyarankan supaya pelaksanaan mewajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris itu tidak dibuat secara terburu-buru dan kementerian sewajarnya menjalankan kajian mendalam mengenainya.
Pemuda UMNO turut melahirkan kekhuatiran mengenai perkembangan pelajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Masih terdapat banyak kelemahan ketara dalam pelaksanaannya termasuk ramai guru yang memberikan maklum balas kurang memberangsangkan mengenai penyampaian maklumat dua mata pelajaran itu melalui bahasa Inggeris," katanya.
Justeru, beliau berkata, Pemuda UMNO melalui Biro Pelajaran akan melihat semua kajian yang telah dijalankan pelbagai pihak mengenai PPSMI dan membuat satu rumusan terhadapnya.
"Kita perlu adil. Semua kajian yang telah dibuat termasuk oleh kementerian sendiri akan diteliti. Kita amat prihatin tentang perkara ini," katanya.
Utusan Malaysia Online: 13 Jun 2009
2 ulasan:
Kalu cakap org politik, kaki ampu kerajaan memang bongok,,dok sebok tingkat guru BI..macamlah guru BI yang ada tak berapa baik...sedangkan dasar kerajaan, bagaimana dgn kemudahan ..sukatan..dan yang berkaiatan dengan pembuaat dasar yang hampeh..turun sekolah tengok sendiri..guru tak betul ke atau sukatan macam hampeh terutama untuk peringkat rendah..bodoh punya orang.
PPSMI..makin lama makin teruk..leptop dah hampir sepuluh tahun rosak...sekolah dah setengah tahun tak de elektrik rosak, LCD tak berfungsi..tu semua ada ke ambil peduli...tulah cakap org politik memang bodoh..minta laporan dengan org bawah yang sememangnya pemalas..bukan org ramai salah kan org bawah tapi menteri bodoh percaya ckap org bawah yang nak selamatkan diri..ckp semua ok, padahal macam sial..kat tempat aku dah setengah tahun anak aku belajar letrik tak de..sekarang musim panas berpeluh2 mengadu balik sekolah..bila aku telefon sekolah aku pula kena marah...GB,GPK sedaplah duduk dalam ecorn...woi menteri ambil tahulah ini bukan lagi kes terpencil..banyak kali dah sebab utama hampir semua bangunan sekolah tak de CF boleh duduk belajar bila makan tahun itu rosak, ini rosak ..takkan nak tunggu runtuh menteri bodoh woi.
Catat Ulasan