Difahamkan suspek berkenaan, bertugas sebagai guru Bahasa Malaysia di sebuah sekolah di Selangor, dua lagi suspek penganggur manakala dua suspek perempuan adalah teman wanita suspek berkenaan.
Ketika serbuan jam 5.45 petang di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di sini, polis menahan lima suspek terbabit sedang membungkus dadah.
Dalam serbuan itu, polis merampas lapan peket besar plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 253 gram dan mengikut nilai pasaran semasa mencecah hampir RM110,000.
Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata semua suspek yang ditahan berusia 23 hingga 36 tahun dan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak tiga hingga enam bulan lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek dari pantai timur dan datang ke ibu kota untuk mengambil bekalan dadah untuk pasaran di negeri berkenaan.
“Suspek menjadikan hotel berkenaan sebagai pusat operasi sementara untuk membungkus dadah sebelum diedarkan,” katanya.
Selain rampasan dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,776, enam telefon bimbit, alat penimbang dan sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai digunakan suspek berkenaan.
Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek menunjukkan semua mereka positif dadah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
myMetro: 5 Mac 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan