Jumaat, 6 Mac 2009

Terkini: Bekas menteri akui wujud kecelaruan dalam PPSMI

05/03/2009 7:29pm

KANGAR 5 Mac - Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad mengakui wujud kecelaruan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun tujuan pelaksanaannya adalah baik.

Menurutnya PPSMI bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia tetapi sepanjang enam tahun pelaksanaannya ia dilihat seperti tidak mencapai sasarannya disebabkan kecelaruan itu.

“Masalah itu hanya dapat diatasi jika para pendidik meningkat dan menggalakkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan kemudahan-kemudahan sokongan yang disediakan termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran,” katanya selepas menyampaikan syarahan tokoh kebangsaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini. - Bernama

Utusan Malaysia Online: 5 Mac 2009

Tiada ulasan: