Sabtu, 7 Mac 2009

Polis masih siasat kes guru wanita

KUALA LUMPUR 5 Mac - Polis masih menyiasat insiden seorang guru wanita nyaris buta apabila matanya disimbah cecair kimia oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan sebuah sekolah menengah di Bangsar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, belum ada perkembangan terbaru berhubung kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga masih belum membuat sebarang tangkapan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya telah mendapatkan maklumat latar belakang guru terbabit dan percaya mangsa tidak mempunyai musuh.

"Buat masa ini kita sedang berusaha mengesan suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan seorang guru wanita disimbah cecair kimia di hadapan sebuah sekolah menengah di Bangsar oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Utusan Malaysia Online: 6 Mac 2009

Tiada ulasan: