Sabtu, 6 Jun 2009

Guru tiada 'kabel' susah mohon pertukaran

MERUJUK kepada sistem pertukaran guru antara negeri yang diwujudkan Kementerian Pelajaran bagi memudahkan guru mengisi borang pertukaran untuk memohon pertukaran. Saya berharap pihak berkenaan menilai semula kriteria pemilihan pertukaran guru antara negeri. Merujuk kepada kes sendiri, saya sudah berkhidmat di Johor kira-kira dua tahun, manakala isteri saya bertugas di Selangor sejak awal tahun ini. Sebelum ini beliau menuntut di Maktab Perguruan Kangar Perlis.

Selepas tiga kali permohonan pertukaran saya ditolak, saya tertanya-tanya kriteria sebenar yang melayakkan seseorang guru itu untuk bertukar. Berikut saya senaraikan alasan permohonan pertukaran saya.

Saya terpaksa berulang alik dari Johor ke Selangor untuk bersama isteri. Saya menghabiskan lebih RM400 sebulan untuk kos perjalanan. Masalah lebih rumit kerana isteri saya tinggal berseorangan di Selangor dan terpaksa menguruskan diri sendiri dalam keadaan mengandung. Pernah satu ketika, beliau hampir dirompak ketika baru keluarkan wang dari bank. Nasib baik kelibat perompak itu diperhatikan seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di situ.

  • Pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit.

    Setiap minggu saya berulang alik ke Selangor yang membabitkan masa, tenaga dan wang ringgit. Ada ketika gaji saya tidak mencukupi untuk menyara hidup sehingga terpaksa meminjam.

  • Risiko kemalangan dalam perjalanan.

    Pernah satu ketika saya hampir terbabit dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari Selangor. Kejadian berlaku di Bukit Putus, Kuala Pilah apabila tebingnya runtuh.

  • Kemerosotan prestasi kerja.

    Dalam keadaan begini juga menyebabkan prestasi kerja merosot teruk dan sering ditegur oleh ketua jabatan.

    Saya amat berharap kementerian dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap masalah ini. Saya mewakili segelintir guru yang terpaksa membazir masa, tenaga dan wang ringgit selain risiko kemalangan di jalan raya hanya kerana untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri. Saya tidak faham apabila ada guru yang baru ditempatkan di sekolah namun tidak sampai tiga bulan sudah dapat bertukar kononnya guru berkenaan mempunyai 'kabel' di Kementerian Pelajaran.

    Bagi menyahut wawasan yang dicetuskan Perdana Menteri iaitu 1Malaysia... rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan eloklah jika kementerian juga mencari alternatif baru bagi menangani masalah pertukaran guru ini kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

    MAZIAH IZIFAH,
    Mersing, Johor.

  • Berita Harian Online: 6 Jun 2009

    8 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    setuju pendapat cikgu dari johor tue..kalau tida kabel mmg susah..harap pihak kementerian gariskan beberapa kriteria yg jelas tentang pertukaran guru antara negeri memandangkan ada segelintir guru yg dah kawin tetapi terpaksa hidup bujang dan terpaksa melalui banyak cabaran dan rintangan bila berjauhan dengan suami ataupun isteri..dan ada kalanya hidup berjauhan ini menyebabkan ada guru yang masih belum memiliki zuriat walaupun telah lama berkahwin..

    Tanpa Nama berkata...

    kalau diikutkan masalah cikgu ni, masalah saya berganda lebih susah dr cikgu. saya dan isteri masing2 berasal dr kedah.saya mengajar di Sarikei, Sarawak manakala isteri saya di Semporna, Sabah.nk jumpa isteri selalu jgn harap la,tunggu cuti panjang baru bole jmpa,sebabnya:
    1.PERJALANAN
    perjalanan dr sarikei ke semporna terlampau jauh.mula-mula kena pergi airport sibu dulu (1jam).pastu naik flight dr sibu ke kota (1 jam) kinabalu,pastu kota kinabalu ke tawau(40 minit).dh smpi tawau naik teksi ke semporna (1jam) plak.baru la smpi.kalo bertolak dr pg maknanya mlm baru smpi.kosnya pula:
    i.sarikei-airport sibu = RM135(teksi)
    ii.sibu-KK = RM100-600(flight)
    iii.KK-tawau = RM100-600(flight)
    iv.tawau-semporna = RM90(teksi),RM60(prebet sapu)

    tu secara kasar je la,bayangkan kosnya utk sekali perjalanan.cukup ke gaji seorang guru kalo nk pegi melawat isteri sebulan sekali?

    2.MASA
    flight sibu KK cuma sekali sehari sahaja, bayangkan kalo apa2 emergency berlaku kpd bini sendiri.perjalanan pula amik masa sehari baru blh smpi.dua hari dperlukan utk pegi balik.maknanya cuti mesti paling kurang pun 3 hari.

    3.KESELAMATAN
    perjalanan jauh,naik flight dua kali,teksi pun dua kali.apa2 blh terjadi.isteri saya pun tgh mengandungkan anak sulung kami.mmg susah kalo mengandung pertama kali tp berjauhan dgn suami.semporna pun 1 hal lg,teksi jarang,prebet sapu byk.nk pegi mana2 terpaksa jln jauh utk dptkan prebet sapu.org yg bwk prebet sapu pun macam2 ragam.pantang tgk org semenanjung mesti nk kacau,wpun pompuan tu tgh perut besar sbb pregnant.bwk keta laju plak tu.last2 saya belikan keta utk dia,lega la skit.

    tu la sedikit sebanyak kesusahan saya berjauhan dengan isteri.kalo nk tulis detail mmg panjang lebar,org pun malas nk baca.gaji bulan2 mmg tak cukup.berhutang tu biasa la,ikat perut pun teramatlah biasa.cikgu2 yg posting ke sarawak dan terpaksa berjauhan dengan isteri mmg teramat paham dengan masalah mcm ni.isteri saya dh mintak tukar ke sarikei dah dua kali,tp GAGAL.alasan ikut suami pun dah takleh pakai sekarang.patut letak alasan yg lebih konkrit kot baru dpertimbangkan.
    Sekian la celoteh saya ni.....

    Tanpa Nama berkata...

    Masalah ni memang dah ke tahap menjadi barah. Sedangkan pada pemikiran saya tidak timbul masalah kekurangan guru pada sesuatu tempat sebab tiap tahun graduate perguruan dari institut dan maktab mmg banyak. kenapa perlu disekat guru2 dari berpindah? sekiranya dengan berpindah akan medorong guru berkhidmat lebih baik, bukankah elok?
    Saya amat tak faham dengan karenah yg berlaku samada di JPN atau KPM, mgkin permohonan tak diluluskan sebab JPN tak bagi green light? Atas sebab apa, perlulah dijelaskan. Janganlah disebabkan malas membuat kerja lebih (urusan dokumen perpindahan dan follow up), maka disekat semua permohonan. Sy pasti semua guru yang mohon berpindah mahu tahu apa kriteria sebenar yang memungkinkan utk mereka berpindah. Sy perhatikan ada guru 3bulan bertugas dapat berpindah, disebabkan bantuan 'kabel'. Seharusnya semua permohonan dilayan sama rata dan adil, barulah ada integriti dan pihak guru tidak berasa tertekan dan geram. Ramai guru yang mahu tahu kriteria perpindahan di luar sana, terutama yang telah berkhidmat dan mohon perpindahan sejak 3-5 tahun lepas.
    Sekian pandangan dari saya yang tidak seberapa.

    Salam

    Tanpa Nama berkata...

    Saya bekerja di Perak manakala isteri saya bekerja di Sabah.Kami sudah 6 bulan berkahwin,namun tempoh yang paling lama dapat bersama hanya satu minggu dimana saya sendiri terpaksa mengorbankan cuti tahunan saya untuk bersama dalam tempoh tersebut.Sudah beberapa kali saya saya terpaksa terbang ke sana atas sebab2 tertentu,dan telah membelanjakan wang beratus-ratus ringgit.Sejak awal perkenalan isteri saya,dia sudah pun bertukar ke sana.Apakah isteri saya tak layak untuk memohon pertukaran walaupn telah bertugas selama 2 tahun? Tak kesian ke isteri saya sorang2 kt sana padahal suami dn seluruh keluarganya berada di semenanjung?

    Tanpa Nama berkata...

    saya sangat bersetuju dengan semua ppendapat.. saya sendiri mengalami benda yang sama.. suami jauh.. anak jauh.. sebatang kara di negeri org... memang kesian btol kita yang dah kahwin tp terpisah dari suami n anak.. kepada pihak kementerian tolonglah ambil berat masalah guru..

    Nurzaitul Hasra berkata...

    Saya merupakan seorang guru sekolah menengah di Sarawak kategori P3. Sebut shj P3, apa yang terlintas di benak para pendidik ialah tiada bekalan elektrik melainkan hanya generator, tiada bekalan air bersih melainkan air yang dipam dari sungai tanpa di rawat dan jalan balak yang terpaksa dilalui untuk ke bandar yang terdekat yang mengambil masa 5-6jam untuk sampai yang hanya boleh dilalui oleh Hilux.
    Bulan 6 baru-baru ini sy telah membuat ujian kehamilan dan hasilnya positif. Tanggal 1 Ogos 2012, pada pukul 4.10 pagi semasa bersahur, saya dapati saya telah bleeding.Dalam keadaan yang jauh dari suami dan keluarga, saya tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya menunggu klinik kesihatan dibuka pada pukul 8.00 pagi. Untuk ke klinik, saya perlu meminta bantuan guru lain untuk menghantar dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda dan melalui jalan balak untuk ke klinik yang berada di seberang kampung.
    Sesampainya di klinik, tidak ada apa-apa rawatan yang di berikan kerana kelengkapan yang serba kekurangan. Pihak klinik terpaksa memanggil helikopter untuk menghantar saya ke hospital memandangkan perjalanan darat mengambil masa 5-6 jam dan dikhuatiri memudaratkan lagi keadaan.
    Hampir 4 jam, saya terpaksa menunggu helikopter tiba. Malah, saya diberitahu, helikopter itu akan singgah di tempat lain lagi bagi mengambil pesakit lain. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit menjadi 1 jam lebih. Dalam keadaan saya yang lemah dan ketakutan, terpaksa saya harunginya seorang diri.
    Hampir 9 jam terpaksa saya tunggu dan harungi untuk mendapatkan rawatan di hospital iaitu dari pukul 4.10 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari. Apabila tiba di hospital, saya telah dimasukkan ke wad kecemasan. Saya telah dimaklumkan oleh doktor bahawa jantung bayi saya sudah tidak berdenyut lagi.
    Sejak saya mengetahui saya hamil, saya tidak pernah ke mana-mana klinik mahupun hospital di Bandar untuk scan bagi memastikan kandungan saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Keadaan tempat saya yang jauh dari Bandar amat menyukarkan. Keadaan perjalanan yang terhentak-hentak dan jalan yang seperti ‘roller coster” membuatkan saya risau tentang kandungan saya sekiranya saya ke bandar.Malah, emosi saya semasa hamil juga tidak stabil berikutan jauh dari suami dan keluarga. Saya dan kawan-kawan serumah juga masing-masing tiada pengalaman sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Saya dan suami redha dengan segala ketentuanNya. Namun demikian, sekiranya proses kehamilan ini mendapat rawatan terperinci di klinik dan hospital yang mempunyai segala kelengkapan yang sempurna mungkin masih dapat dikesan lebih awal lagi sekiranya ada masalah. Dan berkemungkinan juga masa yang sangat lama untuk memdapatkan rawatan di hospital dengan terpaksa menunggu hampir 9 jam semata-mata untuk sampai ke hospital menyebabkan kandungan saya tidak dapat diselamatkan lagi.
    Wahai pihak KPM, sudah hampir 3 tahun sy menggalas tgjwb dan amanah yang diberikan. Apa yang saya mahukan ialah secebis perhatian daripada pihak anda untuk golongan-golongan seperti kami. Bukan sahaja nyawa sendiri dipertaruhkan malah turut meragut nyawa kandungan saya. Bagaimana harus sy lalui dugaan ini

    Tanpa Nama berkata...

    saya turut bersimpati dan sangat memahami situasi rakan-rakan kerana saya juga mengalami perkara yang sama. saya terpaksa berulang-alik dengan jarak lebih 1300 km setiap hujung minggu semata-mata ingin memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak. dalam pada masa yang sama perlu memberikan komitmen yang sama terhadap ibu yang sedang sakit. bayangkan dengan jarak yang sedimikian dan tidak mustahil risiko kemalangan jalanraya juga tinggi. maklum sajala jalanraya di sabah ini bukannya elok. dengan rintihan kami ini diharapkan pihak "atasan" lebih perihatin terhadap kesulitan yang kami sedang hadapi. Mudah-mudahan Allah S.W.T. membuka hati pihak "atasan" ini untuk lebih sensitif dan lebih perihatin. Janganlah sampai kami sebagai "golongan bawahan" ini dizalimi. dan ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi ini mustajab doanya. tunggulah pengadilan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

    Tanpa Nama berkata...

    saya pun mempunyai mslh yg sama..suami sy mengajar di srwk, sy mengajar di sabah..sy mohon pertukaran ke srwk sampai skrng x dpt kononnya guru bhs inggeris kurang di sabah..sy sakit sekarang..perlukan pemeriksaan dan ujian dokter tiap 2 minggu tp pihak hospital sabah taknak buat sbb sy tinggal di pedalaman..byk kos diperlukan utk kirim keputusan ujian. lgpun kata diorang lg, sy org negeri lain..keutamaan kena diberi kepada rakyat sabah..sy mohon pindah dah 3 kali..siap bg surat dokter lg..tp gb taknak luluskan sbb dia ckp guru bi msh kurang..apalah nasib sy ni..