Isnin, 8 Jun 2009

Maklum Balas JPA kepada pengadu "Pulangan Lanjut Pelajaran Tidak Setimpal"

JABATAN Perkhidmatan Awam merujuk kepada surat Puan Nora, Besut, Terengganu bertajuk Pulangan Lanjut Pelajaran Tidak Setimpal yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 1 Jun 2009.

Jumlah gaji Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS) Gred DG41 tidak wajar dibandingkan secara linear dengan jumlah gaji Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 memandangkan Gred DG41 adalah gred jawatan lantikan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala Gred DGA32 adalah gred jawatan kenaikan pangkat dalam Kumpulan Sokongan.

Penulis perlu mengambil kira mata gaji paling tinggi dalam Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatan yang berkaitan iaitu bagi Gred DG41 sebanyak RM5,226.19 (P3T27) manakala bagi Gred DGA32 pula sebanyak RM3,700.20 (P2T11).

Pegawai di Gred DG41 juga telah disediakan bayaran insentif, elaun dan kemudahan di atas kadar yang lebih tinggi.

Ini bermakna pegawai di Gred DG41 mempunyai jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding pegawai di Gred DGA32.

Daripada aspek kemajuan kerjaya pula, PPPS berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke Jawatan Utama Sektor Awam berbanding dengan PPPLD yang hanya berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke Gred DGA38.

Kerajaan juga telah mengiktiraf pengalaman mengajar semasa di skim PPPLD dengan memberikan Hadiah Kenaikan Gaji serta mengambil kira tempoh pengalaman tersebut untuk tujuan kenaikan pangkat secara time-based ke Gred DG44.

Jabatan Perkhidmatan Awam

Utusan Malaysia Online: 8 Jun 2009

Tiada ulasan: