BANGI – Membudayakan amalan berniaga dalam kalangan murid menjadi platform penting bagi menggalakkan mereka menceburi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan berdaya saing pada masa hadapan.
Menyedari hakikat itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Enam, Bandar Baru Bangi mengadakan Hari Usahawan Muda (HUM) 2009, baru-baru ini.
Guru Besarnya, Khatijah Yusof berkata, pihak sekolah sentiasa optimistik menganjurkan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada warganya terutama muridnya.
Katanya, Hari Usahawan Muda adalah julung kali diadakan secara besar-besaran melibatkan pihak sekolah dan masyarakat setempat di mana sebelum ini, program berkonsep sedemikian pernah diadakan tetapi secara kecil-kecilan.
“Program ini bertujuan membantu pihak sekolah menambahkan sumber kewangan bagi melaksana-kan beberapa aktiviti yang sedang dirancang.
“Perancangan yang lebih besar adalah berkenaan dengan aktiviti kecemer-langan murid terutama- nya pencapaian Ujian Pen-capaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.
Menurutnya, pihak sekolah sentiasa menitikberatkan kecemerlan-gan murid menerusi program seperti Kem Kecemerlangan, Bengkel Motivasi, Teknik Menjawab Soalan dan sebagainya.
Di samping itu, kata- nya, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan keceriaan Pusat Sumber Sekolah, bilik khas dan pembangunan fizikal sekolah.
Khatijah yang mensasarkan kutipan bagi program tersebut sebanyak RM 30,000 demi merealisasi-kan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah itu.
Pelbagai gerai jualan diadakan bagi memeriahkan suasana program itu dengan menawarkan aneka barangan pada harga yang menarik.
Namun yang lebih menarik apabila terdapat cabutan bertuah yang mana hadiahnya di sumbangkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan daripada badan korporat kepada mereka yang bertuah.
Difahamkan, Takaful Ikhlas dan skim insurans turut terlibat bagi men-jayakan program ini di samping memberi pendedahan awal kepada pengunjung mengenai keperluan dan kepentingan insurans kepada individu.
Walau bagaimanapun, secara tidak langsung program itu mampu mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG, Abdul Razak Abdul Samad yang turut menyempurnakan majlis perasmian Hari Usahawan Muda 2009 dengan jayanya.
Sinar Harian: 10 Oktober 2009
Sabtu, 10 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan