SAYA adalah bakal calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang sememangnya tiada kena mengena dengan PMR 2009. Seperti yang sedia maklum, peperiksaan PMR dijalankan pada 7 hingga 9 Oktober 2009 (Rabu hingga Jumaat) dan 12 hingga 13 Oktober 2009 (Isnin dan Selasa).
Pelajar yang tiada kaitan dengan PMR diberi pelepasan. Bagaimanapun, calon PMR di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang cutinya hari Jumaat dan Sabtu, terpaksa pergi ke sekolah pada hari Jumaat untuk mengambil PMR dan diberikan cuti pada hari Ahad.
Kenapa pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di bawah Kementerian Pelajaran tidak memikirkan akan calon PMR di tiga negeri ini? Bukankah pihak LPM boleh memulakan peperiksaan pada hari Selasa (6 Oktober 2009) dan dicutikan pada hari Jumaat (9 Oktober 2009)?
Sekurang-kurangnya calon PMR 1Malaysia dapat mengulangkaji kertas pada Isnin dan Selasa. Harap pihak LPM mengambil serius jadual PMR pada masa akan datang.
AMIRZUL MUHAMMAD ZULKIFLI,
Taman Gombak Permai,
Batu Caves.
Berita Harian Online: 10 Oktober 2009
Sabtu, 10 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan