Oleh kerana tiada seorang pun yang mengaku, maka jalan paling mudah diambil ialah dengan menggantung semua pelajar yang tinggal di bilik N21. Pelajar diarahsupaya keluar dari asrama tanpa sebarang surat.
Ini menyebabkan gangguan psikologi kepada pelajar khasnya yang akan mengambil peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi.
Pelajar yang digantung asrama adalah terdiri daripada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Ini menyebabkan ada antara mereka terpaksa meminta belas ehsan penduduk berhampiran untuk menumpang sehingga dibenarkan semula tinggal di asrama.
Ada juga ibu bapa terpaksa mengambil cuti untuk menghantar sendiri anak selama tempoh penggantungan itu. Apakah tindakan ini adil kepada pelajar. Sekiranya pihak sekolah terjumpa satu tiub dadah di dalam kawasan sekolah dan tiada yang mengaku miliknya, adakah pihak sekolah akan menggantung semua pelajar itu?
Saya kira tindakan mudah yang diambil pihak sekolah patut diambil perhatian oleh pihak kementerian. Pihak PIBG juga sepatutnya memberi nasihat kepada pihak sekolah.
BAPA KELIRU,
Klang, Selangor.
Berita Harian Online: 10 Oktober 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan