Kementerian menyediakan Rancangan Pembangunan Pendidikan bagi tempoh 10 tahun yang mensasarkan 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kategori bukan siswazah yang mengikuti pengajaran secara sambilan /PJJ perlu mendapat kebenaran kementerian.
Semua permohonan mengikuti pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda secara sambilan/ PJJ perlu disalurkan melalu ketua jabatan kepada Bahagian Pendidikan Guru sebelum mendaftar di universiti.
Guru yang mengikuti pengajian ini secara persendirian atau tanpa tajaan adalah tertakluk kepada garis panduan mengikuti program secara sambilan atau jarak jauh.
Bagaimanapun guru layak untuk menduduki peperiksaan berdasarkan kepada Perintah Am Bab D, Para 44. JPA ada mengeluarkan surat pekeliling perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009 mengenai kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Kami hargai pandangan anda.
Kementerian Pelajaran.
Berita Harian Online: 27 Oktober 2009
5 ulasan:
Ish!Ish! Ish! Kesian guru ye! Nak asambung belajar dan ambil PJJ pun kena surat kebenaran(Walau pun course yg diakui)...Untung bakal guru yang keluar dari U kan.... Apa nak buat! Dah nasib badan
Adakah Pegawai pendidikan yang ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana / master, perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu seperti di atas?
cikgu untung..staf nk smbung ne duit sendiri...pinjm ptptn,atau pbu jpa.......
Saya baru sambung belajar ppg. Masalahnya, yang pelik.. guru besar macam susah nak lepaskan saya hadiri tutorial hari sabtu, sekiranya sek ada program hari tersebut. Pelik.. padahal ppg bawah bpg,kpm. Dilema sungguh...
Saya nak tanya, kalau kte nak smbung master pun kena ada kebenaran ke?
Catat Ulasan