LADANG KERILLA-Bagi menyahut seruan kerajaan melalui hasrat yang diuar-uarkan ole:h Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan gagasan 1Malaysia, Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Kerilla di sini mengadakan program sambutan perayaan Aidilfitri bersama murid berbangsa India.:
:Sambutan majlis tersebut diadakan selaras dengan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
:Hadir sama, Setiausaha Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Nik Rahim Nik Hassan.
:Guru Besarnya, Ishak Daud berkata, majlis seumpama itu diadakan bagi menyatukan kaum yang pelbagai termasuk kaum India yang merupakan kaum minoriti di sekolah terbabit.
:“Ini merupakan sambutan yang diadakan secara besar-besaran dan amat meriah dengan usaha untuk memberikan suasana yang meriah dalam sambutan perayaan hari raya Aidilfitri yang kita raikan bersama kaum India di kawasan ini.
:“Diharapkan sambutan tradisi seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memeriahkan sambutan perayaan yang pelbagai di Malaysia ini bukan sahaja dengan satu kaum malah pelbagai bangsa,” katanya.
:Pada majlis itu juga turut diadakan majlis pemberian zakat kepada golongan yang layak menerima bantuan tersebut yang turut disumbangkan oleh Bank Rakyat Cawangan Tanah Merah dan kakitangan sekolah.
:Turut diadakan pemberian duit raya kepada seluruh pelajar seramai 146 murid termasuk murid India.:
:Sementara itu, menurut Guru Kanan sekolah, Norman Abd Manaf, sambutan majlis ini diharapk dapat memberi kelainan dalam sambutan perayaan kali ini.
:“Kemeriahan sambutan ini dapat menyatukan murid, guru dan kakitangan sekolah yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India,” katanya.
:Pada majlis itu juga murid-murid dan guru turut dijamu dengan hidangan pelbagai termasuk sate, nasi himpit, lemang, rendang, serta biskut raya.
Sinar Harian: 4 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan