KUALA LIPIS - Tiga pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di sini, dipercayai merogol rakan sekelas mereka secara bergilir-gilir pada 29 September lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang di dalam sebuah bilik kecil di dewan sekolah terbabit.
Menurutnya, kakak mangsa menyedari yang dia dirogol ketika berada di rumah pada hari sama kerana mengalami pendarahan teruk tanpa henti.
“Mangsa kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis (HKL) dan keluarga mangsa segera membuat laporan polis pada malam sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, hasil daripada maklumat yang diberikan mangsa, empat pelajar yang disyaki terlibat dengan kejadian itu ditangkap pada malam yang sama.
Beliau berkata, tiga daripada empat pelajar itu dipercayai terlibat merogol mangsa manakala seorang lagi tidak merogol tetapi bersubahat sehingga berlakunya kes itu.
Sehingga kini, keempat-empat mereka masih ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu.
Sementara itu, pelajar yang menjadi mangsa rogol masih menerima rawatan di HKL.
Abdul Razak menasihati pelajar supaya lebih berhati-hati terutama pelajar perempuan meskipun mengenali rakan lelaki.
Begitu juga dengan pelajar lelaki supaya dapat menjauhi kesalahan berkenaan yang boleh memusnahkan masa depan mereka sendiri.
Sinar Harian: 4 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan