Isnin, 5 Oktober 2009

78 sertai Robotik Kebangsaan

BUKIT KIARA – Sebanyak 78 pasukan terdiri daripada 26 pasukan sekolah rendah dan 52 sekolah menengah bertanding dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan kali kelima di Pusat Sains Negara di sini, minggu lalu.

Pertandingan tersebut dianjurkan Sasbadi Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Pusat Sains Negara.

Pengarah Urusan Sasbadi, Law King Hui berkata, kesemua pasukan yang menyertai pertandingan tersebut mewakili 13 zon dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta merupakan johan zon masing-masing.

Menurutnya, pasukan tersebut adalah pasukan terbaik di zon masing-masing daripada 3,174 pasukan sekolah rendah dan sekolah menengah yang bertanding pada pusingan awal.

“Peserta dalam pertandingan tersebut telah menunjukkan peningkatan yang mengagumkan dari segi reka bentuk dan kualiti persembahan robotik masing-masing,” katanya.

Katanya, prestasi cemerlang ini memberikan harapan kepada kepada kita untuk membentuk pasukan negara yang setanding dengan pasukan lain malah lebi baik dari itu.

“Saya berharap pasukan tahun ini yang mewakili negara ke Pohang, Koreas Selatan pada 6 hingga 8 November ini dapat menambah pingat emas berbanding tahun lalu, pungutan pingat emas negara ilah satu, dua pingat perak dan dua pingat gangsa di Yokohama, Jepun,” kataya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pula berkata, jumlah pasukan sekolah rendah dan sekolah menengah, baik dari kawasan bandar mahupun luar bandar yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut sejak dua tiga tajuk kebelakangan inii membuktikan betapa popularnya bidang robotik dalam kalangan pelajar.

“Populariti robotik dalam kalangan pelajar adalah satu kejayaan hasil daripada keberkesanan pelbagai usaha kementerian dalam program sains dan rteknologi, khususnya robotik yang telah dialksanakan secara berterusan dengan sokongan guru dan juga pihak swasta,” katanya.

Sinar Harian: 5 Oktober 2009

Tiada ulasan: