KUALA LUMPUR 2 Okt. - Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri kini dalam proses mengagihkan waran peruntukan kepada setiap sekolah bagi tujuan pembayaran elaun insentif RM200 kepada pembantu pengurusan murid.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini semalam memberitahu, Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) Kementerian Pelajaran telah menerima Surat Turun Kuasa pada 17 Ogos lalu bagi tujuan pembayaran insentif tersebut.
''BPKhas adalah pihak yang bertanggungjawab mengumpul maklumat bilangan pembantu pengurusan murid dari setiap negeri dan menyerahkan kembali maklumat tersebut kepada cawangan Pengurusan dan Perhubungan.
''Seterusnya, cawangan ini akan menyerahkan waran peruntukan yang telah diterima kepada JPN berdasarkan maklumat awal yang diterima,'' ujar kenyataan itu.
Pada 19 Ogos lalu, ruangan Forum Utusan Malaysia menyiarkan surat aduan seorang pembantu pengurusan murid di sekolah Pendidikan Khas yang masih belum menerima bayaran tersebut walaupun dijanjikan sejak Januari lalu.
Kenyataan itu menambah, KPM berharap semua warga pembantu pengurusan murid bersabar kerana terpaksa melalui proses bagi tempoh yang panjang.
Selain itu, penerimaan elaun tersebut diharap dapat meningkatkan lagi kualiti kerja pembantu pengurusan murid.
Utusan Malaysia Online: 3 Oktober 2009
3 ulasan:
Terima kasih pada BPKhas yg perihatin dengan PPM P. Khas....dengan elaun RM200 ini adakah ini tandanya semua beban kerja didalam kelas terpaksa ditanggung oleh PPM sepenuhnya....sampaikan guru dah tak boleh membantu langsung...guru-guru pun diberi elaun...jangan kerana PPM pun dapat elaun maka PPM dijadikan hamba sahaya guru-guru sahaja...
Apakah fungsi GPK P.Khas yang ada di sekolah-sekolah sekarang ini?
Spesipikasi tugasan yang berbeza antara semua PPM yang ada..Tapi nampaknya dari segi Elaun PPM di Pendidikan Khas lebih beruntung kerana mereka mendapat perhatian...sedangkan PPM Prasekolah dan PPM Asrama tidak mendapat habuan yg sama seperti PPM Pendidikan Khas..kalaulah ianya dapat diteliti secara lebih akspisit lagi alangkah baiknya...
Catat Ulasan