Lebih menghairankan juga apabila elaun itu hanya dibayar kepada orang tertentu saja, sedangkan kami sama-sama menjadi pengawas peperiksaan ada yang sudah dibayar, masih ramai yang menanti bayaran.
Selain itu, kami ingin mempersoalkan kecekapan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ketika memproses borang permohonan sah jawatan kami. Bayangkan surat dan borang dihantar dan diterima JPN Sabah pada Januari 2007, namun sehingga sekarang belum lagi selesai.
Apabila ditanya, pegawai memberi alasan sedang diproses, surat sudah dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, pegawai bercuti dan lebih malang apabila mereka tidak menjawab telefon langsung.
Apabila kami pergi sendiri ke JPN dan bertanyakan hal berkenaan, mereka akan memberi alasan supaya datang semula keesokan harinya kerana pegawai ada mesyuarat. Hal ini amat membimbangkan warga pendidik yang bertugas di bawah seliaan Jabatan Pelajaran Sabah.
Oleh itu beberapa langkah segera perlu diambil bagi melancarkan sistem pengurusan jabatan dan mengurangkan kerenah birokrasi. Pemantauan berkala harus diadakan bagi memastikan pengurusan jabatan ini lebih bertanggungjawab.
Selain itu, sistem online perlu diperkenalkan bagi menggantikan sistem surat-menyurat yang diguna pakai sekarang agar ia boleh memberi jaminan supaya surat permohonan tidak tercicir dan hilang. Misi jabatan perlu dikaji semula pelaksanaannya berikutan kerumitan dihadapi tidak melambangkan misi jabatan iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada warga pendidik melalui pengurusan yang berkualiti dan berkesan untuk membentuk generasi cemerlang.
CIKGU BELURAN,
Sandakan, Sabah.
Berita Harian Online: 7 Oktober 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan