Kuantan - Bagi memohon keberkatan Allah dan keputusan cemerlang, solat hajat untuk calon peperiksaan Penilaian Sekolah Menengah (PMR) Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan diadakan.
Penyelarasnya, Azizah Kamaruddin berkata, solat hajat yang dilakukan bukan sahaja membabitkan pelajar Tingkatan Tiga tetapi ibu bapa turut hadir untuk bersama-sama memohon keberkatan menjelang peperiksaan.
Menurutnya, majlis sedemikian sentiasa diadakan di peringkat dalaman dan solat hajat perdana yang diadakan adalah yang terakhir yang dilaksanakan sekolah.
“Walaupun begitu, pelajar dinasihatkan melaksanakan solat hajat pada setiap masa selain usaha berterusan dilakukan.
“Saya berharap pelajar sudah bersedia untuk menghadapi PMR Rabu ini dan memanfaatkan apa yang dipelajari dengan sebaik mungkin,” kata Azizah.
Sinar Harian: 5 Oktober 2009
Isnin, 5 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan