KAMPUNG KOK KELI - Usaha Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli mewujudkan sudut Iqra’ mampu memberi manfaat besar kepada murid di sekolah ini sebagai gedung ilmu mereka selain perpustakaan.
Atas usaha guru besarnya, Hamid Yusoff, sudut ini yang dilengkapi pelbagai sumber rujukan serta sudut khas yang dihiasi hasil kreativiti guru-guru di sini, berjaya menarik perhatian muridnya untuk menjadikan sudut ini sebagai destinasi
persinggahan mereka pada masa rehat atau pun waktu kelas tamat.
Hamid berkata, diharapkan murid-murid menggunakan sudut berkenaan sebaik mungkin untuk sahsiah diri, membaiki diri dan menginsafi diri kerana ‘bacalah’ akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan bukan dalam akademik semata-mata tetapi pengetahuan am juga.
“Gunakanlah sudut ini untuk mendapat ilmu kerana di sudut Iqra’ ini disediakan pelbagai bahan bacaan pendidikan Islam serta ruang yang cukup selesa yang dihiasi indah.
“Ada bahan bacaan yang digantung di pokok, ditampal di dinding dan hiasan yang sedemikian ini mampu menarik murid-murid di sekolah ini untuk dijadikan gedung ilmu mereka,” katanya.
Hadir sama, Penyelia Pendidikan Agama Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat, Mohd Faxrurazi Nasir merasmikan sudut Iqra’ tersebut.
Sinar Harian: 3 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan