JELI - Yayasan Islam Kelantan (YIK) membelanjakan lebih RM60 juta setahun untuk pembangunan pendidikan sekolah-sekolah di bawah penyelarasannya.
Timbalan Pengarah Akademik, Zakaria Mohamed berkata, perbelanjaan itu membabitkan 93 buah sekolah YIK di Kelantan.
Menurutnya, peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri itu digunakan bagi pembinaan bangunan baru berskala kecil dan pembaikan bangunan-bangunan lama sekolah yang memerlukan perhatian selain pembayaran gaji guru-guru di bawah YIK.
“YIK sentiasa memberi perhatian dalam soal pembangunan pendidikan kesemua sekolah di bawahnya.
“Kita juga sentiasa berusaha sebaik mungkin mengagihkan perbelanjaan pembangunan kepada semua sekolah YIK di Kelantan setiap tahun bagi memastikan pelajar-pelajar berada dalam persekitaran sekolah yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Per-satuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nahdatul Ulum.
Hadir sama, Ketua Jajahan Jeli, Serpudin Mohamed dan Ketua Polis Daerah, Deputi Supe-rintendan Muhamad Hanifah Ab. Malik.
Zakaria berkata, Kerajaan Negeri sentiasa membantu YIK dalam pembangunan prasarana sekolah-sekolah.
“Kita cukup bersyukur dan berterima kasih di atas kecaknaan Kerajaan Negeri dalam perkara ini,” katanya.
Sinar Harian: 5 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan