Isnin, 8 Jun 2009

Terkini: Latihan pengukuhan bahasa untuk guru bahasa Melayu sekolah persendirian Cina

08/06/2009 3:52pm

KUALA LUMPUR 8 Jun – Kementerian Pelajaran melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan siri latihan pengukuhan bahasa kebangsaan untuk guru-guru bagi matapelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah persendirian Cina.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu berkata, ia adalah komitmen kerajaan untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah tersebut di negara ini.

``Ia juga satu penghargaan kepada peranan sekolah-sekolah ini dalam membangunkan modal insan negara,’’ katanya ketika berucap merasmikan Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Cina di DBP di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online: 8 Jun 2009

Tiada ulasan: