Khamis, 4 Jun 2009

Kecewa anak belum jadi guru kontrak

SAYA terpanggil memberi komen selepas tiada penyelesaian bagi masalah anak saya lepasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sudah hampir 9 bulan anak saya menamatkan pengajian tetapi masih tidak mendapat penempatan.

Pelbagai usaha dilakukan oleh anak saya dengan menghubungi Kementerian Pelajaran, Bahagian Pendidikan Teknikal tetapi jawapan yang diberikan sungguh mengecewakan. Pihak Pendidikan Teknikal menjelaskan penempatan akan dilakukan pada Jun. Apabila tiba masanya, anak saya serta rakan-rakannya diberitahu penempatan ditangguhkan ke Ogos atau mungkin Oktober. Alasan mereka tiada kekosongan. Jika benar tiada kekosongan kenapa kementerian mengadakan temu duga terbuka untuk Guru Kontrak dalam bidang Teknik dan Vokasional.

BAPA KECEWA,
Batu Pahat.

Berita Harian Online: 4 Jun 2009

Tiada ulasan: