Jumaat, 5 Jun 2009

'Tiada sekolah tertinggal pembangunan'

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertekad akan memastikan tiada sekolah di negara ini yang tertinggal dari segi pembangunan dan kemudahan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tumpuan diberikan kepada kawasan yang memerlukan pembangunan terutama di luar bandar Sabah dan Sarawak.

"Tumpuan akan diberikan kepada sekolah di pedalaman yang memerlukan pembangunan dan kemudahan.

"Saya sudah hantar dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk melawat kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri pelbagai isu untuk diselesaikan segera seperti sekolah usang, infrastruktur dan kekurangan tenaga pengajar," katanya pada majlis makan malam bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan anggota perkhidmatan awam negeri di Maggelan Sutera, malam tadi.

Berita Harian Online: 5 Jun 2009

Tiada ulasan: