Khamis, 4 Jun 2009

Guru Tingkatan Enam belum disah gred DG41 rasa tersisih

PENGUMUMAN Jawatan Guru Akademik Tingkatan Enam dari DG41 ke DG44 sekali lagi mengetepikan guru yang dilantik dari DG29 ke DG41 yang sekian lama mengajar di Tingkatan Enam. Walaupun kami sudah mengajar Tingkatan Enam bertahun-tahun lamanya sehingga ada yang dilantik sebagai Penyelaras Tingkatan Enam dan dipanggil memberi ceramah ke sekolah lain tetapi disebabkan belum disahkan jawatan ke gred DG41 dan belum layak menduduki Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) maka kami terpaksa berputih mata seperti gagalnya kami mendapat DG32 disebabkan kenaikan ke Gred DG41. Dari segi kelayakan mengajar kami memang layak disebabkan ada sebilangan guru yang senasib ditugaskan mengajar Tingkatan Enam lebih daripada 6 tahun tetapi disebabkan lewat mendapat tarikh lantikan dan pengesahan ke Gred DG41, kami terpaksa kehilangan hak untuk terus mengajar di Tingkatan Enam.

Ternyata pengalaman dan kebolehan kami selama ini tidak dipandang oleh pihak berwajib. Walaupun berada di Gred DG41 baru setahun jagung, kami sudah lama diberi tanggungjawab mengajar Tingkatan Enam disebabkan kepakaran dan pengalaman kami. Namun, disebabkan syarat yang ditetapkan, kami tersisih dan terpaksa melakukan tugas baru iaitu mengajar tingkatan yang lebih rendah dan pada masa sama kena pula mengadakan bengkel untuk menunjuk cara mengajar Tingkatan Enam kepada guru akademik Tingkatan Enam yang baru mengambil alih tugas kami. Kami bukan minta disanjung tetapi tolonglah prihatin dengan nasib guru seperti kami kerana kelayakan kami tidak sama dengan kelayakan guru yang sememangnya sejak asal sudah berada di Gred DG41. Kami pula bertahun-tahun menyandang Gred DG29 dan baru beralih ke Gred DG41.

Sukacita saya mengharapkan pihak atasan melihat dan meneliti nasib guru seperti kami yang selalu tersisih dan kurang diberikan perhatian dalam urusan kenaikan pangkat sebegini. Sudahlah selepas tamat belajar di peringkat sarjana muda kami terpaksa menunggu sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun untuk ditemuduga ke Gred DG41, janganlah kami disisihkan pula dalam urusan kenaikan pangkat sebegini. Memang kami akui, pengetua sekolah sentiasa melihat dan mengakui kebolehan kami tetapi kerana syarat yang ditetapkan mereka terpaksa akur bahawa kami tidak layak mengisi borang kerana belum disahkan jawatan ke gred DG41 atau belum menduduki PTK.

CIKGU TINGKATAN ENAM
GRED DG29 - 41,
Sibu, Sarawak

Berita Harian Online: 4 Jun 2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya juga guru yang telah lebih 5 tahun mengajar tingkatan 6, tetapi gagal dlm permohonan jawatan guru akademik T6. Yang berjaya ialah guru yang baru 2 tahun mengajar. Isterinya juga dapat wlpn baru 6 bulan mengajar. Ada guru2 yang tak mengajar tingkatan 6 tetapi dapat juga kerana ada 'kabel' dengan 'org dlm' JPN. Sepatutnya KPM atau JPN menggunakan jemaah nazir untuk memastikan perjalanan perjawatan ini lebih telus. Kesudahannya, yang berjaya baru nk buka buku nk mengajar ting 6. Yang dah mengajar bertahun2 terpaksa beri laluan kepada guru baru. Sehinggakan ada Penolong Kanan pun dah tak nak jadi penolong kanan. Menipu utk naik pangkat dah jadi amalan. Beruntung la yang dpt dengan menipu. Kesian la yang dah mengajar lama, tapi org lain yang pungut hasil. Yang di atas hanya 'mengesahkan' aje.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera saya pcaya ada bnyk liku2 dlm krjaya sbgi guru.Tidak dpt dinafikn bhwa politik dlm sekolah mmng wujud.Apa pun pd saya ,saya ttap mmberi laluan kpd senior2 yg layak Dan wajar dberi pluang utk mnetadbir sekolah.d sekolah saya LG mnydihhkn bilamana senior2 dg48 hnya mnjadi ketua bidang sdngkn dah brtugas lbih Dr 17 thn.mnakala dg44 blh mnjawat penolong lanan atas sebab disukai pngtua baru Dan sentimen keagamaan dmainkn

Tanpa Nama berkata...

saya rasa kisah saya lebih dramatik..... saya mengajar Bahasa Inggeris Tingkatan 6 sudah 13 tahun dengan YIK. baru-baru ini buat Ijazah PJJ dlm bidang B.Ed(TESL)Hons dah dpt ijazah kepujian pun. sekarang tercari2 mana nak tuju.....dengan YIK (yayasan Islam Kelantan) tak tahu bila dpt DG41....