Isnin, 8 Jun 2009

Naikkan elaun guru luar bandar

KUALA LUMPUR 7 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu supaya Kementerian Pelajaran menaikkan elaun guru yang mengajar di luar bandar.

Presidennya, Hashim Adnan memberitahu, buat masa ini, elaun guru yang mengajar di luar bandar amat rendah jika dibandingkan dengan elaun guru di kawasan bandar dan pekan kecil.

''Elaun guru yang berkhidmat di luar bandar adalah sebanyak RM100 sahaja, berbanding guru di bandar iaitu RM300 manakala di pekan-pekan kecil pula sebanyak RM200.

''Langkah ini saya lihat seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menaiktaraf kemudahan asas sekolah di seluruh negara di mana sekolah luar bandar menjadi salah satu keutamaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mencadangkan perkara itu berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa kementeriannya akan menaik tarafkan kemudahan infrastruktur di 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, fokus utama akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman di Sabah, Sarawak termasuk beberapa tempat di Semenanjung.

Tambah beliau, masa yang akan diambil untuk melengkapkan masalah berkenaan adalah selama dua ke tiga tahun.

Sementara itu, Hashim turut mencadangkan supaya elaun guru di luar bandar diselaraskan sekurang-kurangnya RM200.

Beliau turut berharap aspek sumber manusia tidak diabaikan oleh Kementerian Pelajaran.

Utusan Malaysia Online: 8 Jun 2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya amat bersetuju agar elaun tersebut dinaik kpd RM200. Jika kita buat perbandingan antara Bandar dan Luar Bandar. Masalah yg besar di kws Bnadar adalah berkaitan dengan sewa rumah yang mahal akan tetapi jika kita bandingkan luar bandar seperti di kws Gua Musang, Kelantan... Sewa rumah yang paling rendah bermula pada RM350 ( rumah papan ) tambah pula dengan harga makanan yang mahal termasuklah bahan mentah.Ayam sekilo mencecah RM7.80per/kilo.Itu x termasuk ikan yang semuanya dibawa dari Bandar Kota Bharu yang jauh lebih murah. Oleh itu, mohon pertimbangkan semula elaun tersebut.Permasalahan ini juga timbul di kws luar bandar lain di serata negara.TQ
Cg Gua Muse

Miss 01 berkata...

Saya mohon jasa pihak kerajaan utk menaikkan elaun colla kpd RM200-RM300 disebabkan kawasan luar bandar memerlukan kos yg tinggi utk pergi bekerja dan hidup di sana. Di Gua Musang, kos living nya tinggi. Masa utk sampai sana dari Kota Bharu adalah 3 1/2 jam atau 4 jam drive.

Tanpa Nama berkata...

salam.. sekarang dah masuk tahun 2010.. dengar serita kerajaan nk potong elaun kola guru.. sesetengah kementerian lain dah potong elaun kola mereke sebanyak 40%.. makin kita usaha untuk mintak naikkan, mereka nak potong pulak, dah la cket.. bukan x bersyukur, tp kerajaan kena faham la ekonomi sekarang..