Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dijalankan dari awal tahun hingga sekarang termasuk mengikuti pengajaran dalam kelas, kelas tambahan, latih tubi, bengkel dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan itu.
Sebagai langkah terakhir pihak Sekolah Kebangsaan Jitra dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), waris dan pelajar mengadakan majlis bacaan Yasin sebagai ikhtiar terakhir memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Lebih 300 orang pelajar, ibu bapa dan guru mengadakan bacaan Yasin itu di dewan sekolah bagi memohon kepada Allah supaya dipermudahkan menghadapi peperiksaan itu nanti.
Majlis bacaan Yasin itu juga diadakan sebagai satu usaha bagi memastikan pelajar tidak gentar dan di beri ketenangan hati untuk menghadapi peperiksaan terakhir di bangku sekolah rendah.
Selain itu, ia juga dapat membina semangat dan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan terakhir itu.
Terdahulu Guru Besar sekolah itu Jamaliah Din menasihatkan ibu bapa supaya menjaga kesihatan anak-anak terutama untuk penularan wabak H1N1.
“Majlis itu adalah sebagai satu usaha terakhir bagi pelajar yang akan menduduki UPSR dan ia juga bertujuan untuk memberi ketenangan dan keyakinan diri kepada pelajar terbabit ketika hendak menjawab soalan peperiksaan,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau menasihatkan ibu bapa agar menjaga kesihatan anak-anak supaya mengelakkan daripada jangkitan penularan wabak H1N1.
Waris murid, Ibrahim Bakar, 56, yang turut serta pada majlis itu berkata, beliau mengharapkan pelajar-pelajar dapat menjawab soalan UPSR dengan mudah dan tenang.
Katanya, beliau mendoakan kepada semua pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini agar dapat menjawab soalan dengan mudah dan berjaya mencapai keputusan cemerlang nanti.
Bagi Muhd Ammar Abdul Hadi, berkata, setelah pelbagai usaha dilakukan seperti mengikuti kelas tambahan, latih tubi, bengkel dan motivasi, beliau berasa yakin untuk menduduki peperiksaan itu nanti.
Menurutnya, beliau berharap akan mencapai keputusan cemerlang nanti kerana bercita-cita untuk belajar di sekolah berasrama penuh apabila berada di Tingkatan Satu nanti.
Sementara itu, Sharipah Salim, 53, berkata, beliau berharap anaknya Adib Syahmi Kamaruddin akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah tanpa ada sebarang perasaan ragu-ragu terhadap anaknya nanti.
“Dengan bacaan Yasin itu dapat memberi keyakinan diri kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR,” katanya. Nur Hafizatul Ayub berkata, beliau turut gembira kerana ibu bapanya turut hadir memberi semangat kepadanya dan semua rakan-rakan dan berharap akan mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR nanti.
Sinar Harian: 9 September 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan