Manfaatkan ilmu hadapi UPSR
MACHANG - Seramai 187 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Hamzah 1 yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hadir dalam Majlis Restu Ilmu 2009 di sini, semalam.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Ke-bangsaan Hamzah 1, Mo-hamad Arawi Ali berkata, calon-calon UPSR berkenaan yang akan menghadapi peperiksaan itu mulai Se-lasa ini, bermaaf-maafan dengan semua guru agar segala ilmu yang dipelajari selama ini diberkati.
Menurutnya, ibu bapa dan guru juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan memberi dorongan dan menyuntik semangat murid-murid agar lebih berkeyakinan.
Katanya, tanpa keyakinan, usaha yang dilakukan selama ini tidak akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Manfaatkan pengala-man selama berada di tahun satu hingga enam bersama guru-guru sebaik mungkin dalam dewan peperiksaan,’’ katanya.
Selain itu, sekolah itu juga akan menganjurkan Solat Hajat selepas solat Zohor esok di Masjid Sultan Yahya Petra, dekat sini bagi mendoakan kecemer-langan murid-muridnya.
Kata Moha-mad Arawi, sekolah mensasarkan seku-rang-kurangnya 62 orang murid akan mendapat keputusan cemerlang dan merealisasikan target pencapaian am sekolah kepada 85 peratus.
Katanya, kejayaan tersebut tidak akan datang bergolek dan pihaknya sentiasa berada di belakang murid-murid bagi menyokong mereka.
Sinar Harian: 6 September 2009
Ahad, 6 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan