SK Ulu Bakai yakin capai kecemerlangan
BAKAI – Seramai 37 pelajar Tahun enam Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 8 hingga 10 September ini dengan sasaran mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.
Guru Besarnya, Alias Abdul Rahman berkata, walaupun sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman, usaha telah dilakukan dengan bekerja keras untuk membuktikan kecemerlangan pelajar di sekolah tersebut.
Menurutnya, peningkatan keputusan setiap tahun membuktikan bahawa sekolah itu mampu untuk mencapai sasaran dengan memastikan semua pelajar Tahun enam mampu untuk mengatasi sekolah lain.
“Tidak dinafikan, banyak saingan dengan sekolah lain yang terdapat di daerah Baling ini, tetapi apa yang penting, pelajar di sekolah ini dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dengan ilmu yang diberikan oleh guru selain mendapat galakkan ibu bapa.
“Pihak sekolah akan melakukan yang terbaik seperti mengadakan lebih kerap latihan supaya pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan begitu tekun,” katanya kepada Sinar Harian ketika di temui di pejabatnya.
Beliau berkata, guru-guru di sekolah ini, turut menghabiskan masa demi untuk memastikan pelajarnya mencapai keputusan yang baik.
“Secara tidak langsung, ia dapat menaikkan nama sekolah dan membuktikan kepada masyarakat di luar bahawa sekolah pedalaman juga boleh mencapai kejayaan.
“Kebanyakan pelajar ini, adalah dalam kalangan golongan yang sederhana tetapi tidak menjadi penghalang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
Menurutnya, pihak sekolah akan terus membantu pelajar ini demi untuk memberikan mereka mendapat keputusan yang terbaik iaitu 5A.
Sinar Harian: 7 September 2009
Isnin, 7 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan