Jumaat, 11 September 2009

GPM perlu mahir urus maklumat



KUANTAN - Guru Perpustakaan dan Media (GPM) perlu mahir dalam pengurusan perpustakaan, terutama membabitkan pengelasan buku atau katalog bahan.

Jurulatih Nilam Negeri, Norafizah Ab Razak, berkata, kebanyakan GPM tidak dapat menguasai aspek berkenaan dengan baik kerana tidak mempunyai bimbingan sempurna berhubungan perkara itu.

Menurutnya, proses memasukkan data membabitkan teknik yang memerlukan ketelitian dan kemahiran.

“GPM tidak berpeluang untuk memahirkan diri kerana kursus jangka pendek yang diadakan tidak mencukupi untuk mereka memahami dan mendalami teknik yang dipelajari.

“Pengurusan perpustakaan penting kerana buku di perpustakaan perlu melalui proses pengelasan yang betul bagi memudahkan murid mencari buku yang dikehendaki,” katanya.

Norafizah berkata, Sistem Perpuluhan Dewey yang digunakan sukar difahami sekiranya hanya dipelajari dalam tempoh singkat.

“GPM harus mempunyai inisiatif untuk memahirkan diri masing-masing kerana pengurusan perpustakaan yang tidak efisien akan menyukarkan proses pencarian maklumat di perpustakaan,” katanya.

Sinar Harian: 11 September 2009

Tiada ulasan: