Latihan kerap tingkat penguasaan subjek Matematik
KUALA TERENGGANU – Pelajar perlu membuat latihan lebih kerap jika mahu mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
:Guru Matematik Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Normah Zakaria berkata, latihan dapat membantu pelajar mudah menjawab soalan peperiksaan.
Menurut Normah, pelajar tidak biasa dengan latihan akan berhadapan masalah untuk menjawab soalan dengan cepat dan memperoleh jawapan tepat.
:“Antara Kertas 1 dan 2, Kertas 1 lebih menjerat pelajar kerana ia mempunyai jawapan hampir sama jika pelajar kurang mahir menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya, jika biasa membuat latihan ia tidak sukar dan mudah mendapat jawapan tepat.
:“Bagi pelajar lemah masa diperuntukkan iaitu satu jam 15 minit tidak mencukupi untuk menjawab 40 soalan pilihan, sebagai langkah membantu pelajar, guru memberi panduan dan tumpuan lebih kepada Kertas 2," katanya.
Menurutnya, jika pelajar dapat menjawab soalan Kertas 2 dengan baik, mereka akan memperoleh markah tinggi iaitu 60 markah untuk 20 soalan pengiraan.
Sinar Harian: 6 September 2009
Ahad, 6 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan