Sabtu, 12 September 2009

Bilik PPDA beri maklumat berguna

PENDANG – Bilik :Pendidikan dan Pencegahan Dadah (PPDA) Sekolah Kebangsaan (SK) Air Puteh Dalam memberi kesan mendalam apabila tahap disiplin murid sekolah itu kini menghampiri kosong peratus.

Guru Besar SK Air Puteh Dalam, Abd Muttalib Hassan berkata, dengan adanya bilik PPDA di sekolah ini, ia dapat memberi kesedaran tinggi kepada murid terdapat pelbagai maklumat terkandung dalam bilik berkenaan.

Menurutnya, murid suka mengunjungi bilik PPDA itu kerana banyak aktiviti dalaman yang disediakan seperti permainan dam dan congkak.

“Bilik ini juga turut disediakan unit kaunseling dan kesihatan yang dapat membantu murid jika mereka mengalami sebarang masalah.

“Setiap hari, murid sekolah ini sering mengunjungi bilik itu ketika waktu lapang atau masa rehat,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Muttalib berkata, pertandingan bilik PPDA tercantik juga turut diadakan dan wakil daripada pihak kementerian telah membuat lawatan namun keputusan pertandingan belum diketahui lagi.

“Bilik itu memberi kesan input berguna kepada golongan murid mengenai segala-galanya berkaitan dadah iaitu cara definisi dadah, kesan dan bahaya dadah serta punca penyalahgunaan dadah berlaku.

“Bilik itu turut berfungsi untuk pembelajaran prosedur program sifar dadah yang akan diajar guru kepada murid,” katanya.

Beliau sangat berharap agar sekolah itu dipilih dalam pertandingan yang dipertandingkan dan berharap murid yang tamat sehingga Tahun Enam di sekolah itu akan mempunyai jati diri yang tinggi mengenai keburukan dadah selain dapat meningkatkan tahap kokurikulum sekolah.

Sinar Harian: 13 September 2009

Tiada ulasan: