Jumaat, 11 September 2009

Syor peperiksaan PJJ musim cuti persekolahan

DALAM mengisi pembangunan negara, langkah Kementerian Pelajaran memberi galakan kepada guru melanjutkan pelajaran tinggi melalui pengajian jarak jauh (PJJ) amatlah tepat. Berbanding dengan guru 1960-an dan 1970-an, yang sukar melanjutkan pelajaran ke universiti, guru masa kini amat bertuah.

Dalam pada itu kementerian terlupa kesan di sebaliknya. Bayangkan sebuah sekolah yang mempunyai 11 guru mengikuti PJJ, bila tiba musim peperiksaan semester universiti, sekolah akan berdepan masalah ketiadaan guru serius. Apa akan berlaku dalam kelas, terutama di sekolah rendah. Amat sukar pihak pentadbir sekolah untuk mengatur jadual ganti. Biasanya peperiksaan PJJ ini berlangsung selama hampir dua minggu.

Sepatutnya Kementerian Pelajaran harus bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi menyusun semula jadual peperiksaan PJJ supaya tidak membabitkan waktu persekolahan. Apa salahnya jika peperiksaan diadakan pada musim cuti persekolahan. Teringat saya sewaktu saya mengikuti pengajian luar kampus di 1980-an. Peperiksaan diadakan setiap kali cuti persekolahan.

WARIS PRIHATIN,

Baling, Kedah.

Berita Harian Online: 11 September 2009

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun peperiksaan berlangsung 2 minggu,setiap guru biasanya (OUM) hanya ambil 2 atau 3 subjek sahaja setiap semester.Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kerana "jangan kita mendapat kejayaan atas kesusahan orang lain" khususnya murid-murid dan rakan-rakan yang kena ganti kelas....elok dibuat masa cuti penggal.